LONDON: Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock
dilaporkan terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa perompak yang
menyelinap masuk ke lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul The
Fast And Furious 6.
Bekas jaguh gusti itu berjaya menangkap beberapa lelaki yang memakai
penutup kepala, dipercayai mahu mencuri peralatan yang mahal daripada
beberapa buah van penggambaran di Hackney, Timur London.
“Ia memang lucu. The Rock kelihatan seperti seorang hero filem aksi dengan jaket dan lencana FBI di tangannya.
“Ketika kejadian, bunyi tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan The
Rock berjaya mengatasi perompak-perompak itu dalam pergelutan tersebut,”
kata satu sumber seperti dipetik thesun.co.uk.
Ekoran insiden itu, difahamkan krew filem tersebut kini turut
mempertimbangkan untuk melantik aktor bertubuh sasa itu sebagai pengawal
keselamatan di lokasi.
“Kini mereka (krew) secara bergurau berkata pengawal keselamatan yang
sedia ada patut diberhentikan dan diganti dengan The Rock sahaja,” kata
sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment