KUALA LUMPUR–Cubaan tiga pemuda untuk menyamun
seorang wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat semalam bukan
sahaja tidak berhasil malah salah seorang daripada mereka cedera parah
dibelasah ...
KUALA LUMPUR – Cubaan tiga pemuda untuk menyamun seorang wanita yang
berhenti di persimpangan lampu isyarat semalam bukan sahaja tidak
berhasil malah salah seorang daripada mereka cedera parah dibelasah
selepas diberkas oleh orang awam.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini,
tiga suspek tersebut menunggang dua buah motosikal jenis Yamaha 125Z
manakala mangsa pula menaiki kereta Honda Insight seorang diri.
Sebaik mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, salah
seorang suspek terus memecah cermin kereta mangsa yang berusia
30-an.Malangnya perbuatan suspek itu dilihat oleh seorang pemandu van
jenis Nissan Vannete yang kemudian berhenti di belakang kereta mangsa.
Difahamkan, pemandu van tersebut kemudian bertindak nekad merempuh
sebuah motosikal dinaiki dua suspek dengan salah seorang sedang menarik
beg tangan mangsa dari dalam keretanya.Akibat rempuhan itu, kedua-dua
suspek berkenaan terjatuh ke atas jalan tetapi salah seorang suspek itu
kemudian sempat bangun dan melarikan diri.
Seorang lagi suspek yang menunggang sebuah motosikal lain turut
meninggalkan tempat kejadian. Orang awam yang melihat seorang suspek
yang berbadan agak gempal yang tidak sempat melarikan diri terus
menangkap suspek itu.
Berikutan itu, suspek berusia 20-an itu yang difahamkan baru
dibebaskan dari pusat tahanan Simpang Renggam, Johor dibelasah sebelum
diserahkan kepada polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, suspek yang cedera parah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan
ditempatkan di wad separa kritikal.
Keadaannya dilaporkan stabil.
hamekaw..sia-sia je kan..skrg ni tkot btul nk drive sesorang g opis.tp pe nk buat, kene jgk tuntutan kerja.
ReplyDeletepadan muka ko..
ReplyDelete