PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_03.htm
P.S / Ermmm..dh boleh bawak hp nie takut2 budak menyalah guna mcm amik video2 terlampau lah, sms lucah lah..dh leh bawak hp nie..mesti keje dorang duk tukaq number laki pompuan pastu duk bercinta ngn monyet..eh silap..cinta monyet lah hehe..erm dunia dh moden
ada macam2 pros and cons jugak bila boleh bawak phone ke sekolah ni. urm. ;)
ReplyDeletebetul kak..fizah sokong. yang masa tak leh bawak hp pun dah cintan cintun..ada hp..siaplah..topup.belanja sekolah pun kene up.. ehehe
ReplyDeletenapa bukan laptop ek..
ReplyDeletephone penting sebab public dah takde. tapi buat public balik semula lagi bagus dari bawak tel pegi sekolah. nanti belajar ntah ke mane kan?
ReplyDeleteCadangkan kerajaan bagi student bawak Nokia 3310 or 3315... Paling sesuai untuk supervisory purpose.
ReplyDelete