Ingat mati... anda bijak!

bismillahirrahmanirrahim...

Sedaq tak sedaq dh lebih sebulan aku kawin dgn isteri tersayang.. byk beza pas kawin dengan sblum kawin..pas kawin semuanya buat bersama makan bersama, memasak bersama, basuh pinggan bersama dan byk lg yg tak boleh diceritakan lg kt sini hehehe...

Kehidupan selepas kawin lebih byk buat aku berpikir tentang akhirat..aku nak masuk syurga bersama2 isteri...tiba teringat kata2..

sapakah manusia yg paling bijak di dunia nie??

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Bila pikir balik betul gak kan..kehidupan kt dunia ni hanya lah sementara je kan..paling kuat pun 100 tahun itu pun klau korang amalkan makanan yg tak tercemar dengan racun2 semua tu...mkn ulam2..

cuba tgk perbandingan masa di dunia dan di akhirat

1 hari di padang mahsyar = 50ribu thn dunia
(QS.70:4)
1 hari di akhirat = 1000 thn dunia
(Qs.32:5)

Jadi jom lah sama2 mengingati mati..mengingati mati dan membuat persiapan yg secukupnya untuk dibuat bekalan...

Wallahualam

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

1 comment: