LONDON 27 Nov. - Satu tinjauan mendapati satu daripada empat orang akan
menghabiskan lebih banyak waktu untuk melayari Internet berbanding
waktu tidur.
Berdasarkan tinjauan Jon Blumberg daripada syarikat penyedia
perkhidmatan Internet, Sky Broadband, kira-kira 51 responden mengakui
mereka merasa bimbang jika tidak melayari Internet, sama ada untuk
memeriksa e-mel atau Facebook
Mereka akan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer, telefon pintar dan komputer riba.
Tinjauan juga menunjukkan golongan lelaki meluangkan masa lebih lama
melayari Internet berbanding wanita, dengan satu daripada empat orang
lelaki boleh menghabiskan masa lebih daripada enam jam sehari melayari
Internet.
Tinjauan itu juga mendapati satu daripada 20 pengguna memeriksa e-mel
mereka lebih 20 kali sehari, bersamaan sekali setiap 45 minit dan satu
daripada tujuh orang melayari laman sosial lebih enam kali sehari.
Blumberg juga berkata, kebanyakan tinjauan yang dijalankan mendapati Internet turut memberi kebaikan kepada pengguna.
"Kira-kira 74 peratus responden mengakui mereka lebih berpengetahuan
disebabkan Internet dan 72 peratus yang lain mengetahui perkembangan
terkini di seluruh dunia.
"Itu merupakan satu kegunaan yang baik apabila kemudahan tersebut
membantu memajukan diri anda, bukannya terpengaruh," katanya. - AGENSI
betul kot ni...
ReplyDeletesbb adik sy gitu a..haha