Ajoi dan ktm berhad -.-

Ajoi,Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.

Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.

Macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Ajoi tak dapat naik.

Walau macamanapun Ajoi kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Ajoi..


Pekerja KTM: “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?

Ajoi:”Sebenarnya yang naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya hantar jer…wakakakak”

2 comments:

  1. Heee mintak tolong explain lawak ni.. tak berapa nak faham la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbenarnya ajoi gelak sebab kawan dia yg tolong hantar dia ke stesen kete api g kejar kete api pastu naik...sepatutnya ajoi sorang je yg nak balik guna kete api...hehehe...paham tak...kawan ajoi ni buat2 rajin g kejar kete api pastu naik hehehe...

      Delete