Tulisan di bawah adalah pengalaman sebenar tetapi telah diolah semula oleh mr.FADziL(pakden@gmail.com) supaya memberi lebih impak dan pedoman untuk para pembaca budiman sekalian.
Assalamualaikum.Nama
saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut
di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun. Saya ingin
berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap
kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.
Kisah ini
berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada
seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal
bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah
Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa
Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana
keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara
Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati
Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar
menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan
memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).
Ketika ini
perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang
ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak
dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke
Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu
perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya
sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan tangis).Tatsuo-kun baru
saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya
tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian
kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang
rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang
mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa
melayu),”Makcik ni silap orang la..”.Saya berasa sedih dan terkejut
ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu
mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya
anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan
malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta.
Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya
kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya
mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.
Diharap
para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman
tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana
membuat lawak dengan muka serius.
No comments:
Post a Comment