BAHAYA MINYAK MASAK YANG DIGUNAKAN BERULANG KALI!

 
JANGAN GUNAKAN MINYAK MASAK YANG DIGUNAKAN BERULANG-ULANG KALI | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
 
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
 
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
 
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.
 
Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg
 
Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
 
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.
 
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
 
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
 
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal-usulnya.

Betul ke nak GF nie?

Macam meragukan je iklan nie nk GF..siap demand tak mau fat chick..siap bg duit lg...

Teknik elak riak..

Setiap minggu mesti ada dia nie..bagi RM11 tp duit RM10 tu balut dengan duit RM1...respek...

Respek kt mamat nie..

respek sungguh kt dia sbb sanggup berdiri tak kejur kucing tu...salute u

Cakap tak serupa bikin

Sticker proud to be malaysian tp letak symbol mercedez kt kete..malu letew hehe

Adik Aisyah yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat



Gambar bagi membantu mencari Aishah dikongsi dalam laman sosial.

Anak kepada seorang guru matematik, Wan Aisyah Wan Exzam yang dilaporkan hilang, sudah pun ditemui dalam keadaan selamat.

Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Aisyah ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi tadi berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi tadi.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

Sumber: http://terengganutoday.com/berita-utama/adik-aisyah-yang-dilaporkan-hilang-ditemui-dalam-keadaan-selamat

Santai jap..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)