16 fakta menarik tentang bayi



1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

P.S / Aku ada ciri2 seorang bayi yg comel sbb aku pun tido 15-20 jam sehari..hehe

Entri terakhir dari kumbang jingga....mintak maaf semua

salam

saya minta maaf banyak2 rasanya nie last karya dari sy

kalau ad rezeki saya tulis lagi

sebab





saya sekarang dkt balai polis

tadi ada roadblock mase on the way dari rumah ke kedai



saya kantoi



atas tertuduhan memiliki


WAJAH YANG COMEL N KACAK


SY X THU NK BUAT PE SBB BUKTI2 TRLALU KUKUH

TOLONG SAYA!!!

Pengumpul pelekat cermin kereta terbanyak di malaysia


Pengalaman Kelako ketika menekel

Korang pernah tackle awek atau pak we tak?. masa2 korang tgh menackle tu pernah tak korang mengalami pengalaman kelako ker, yang memalukan ker yang trauma ker yang sedih ker.....aku citer story aku dulu...

Pada suatu hari di hujung minggu, dua tahun lepas, di waktu petang.. aku berjalan2 la kat sebuah shopping complex terkemuka di ibukota ni.. Sedang aku berjalan2 sambil membeli-belah secara tingkap (window shopping daa..), tiba2 aku terasa lapar yang amat sangat..

Aku baru teringat, seharian aku tidak menjamah makanan walau sesuap nasi pun.. Dahaga pun bukan kepalang.. Aku semakin resah, gelisah dan keruan. Ku lihat jam ditangan sudah hampir pukul 7 petang.. patut la lapar, punya la syok cuci mata sampai tak sedaq hari dah nak malam..

Aku lalu bergegas ke food court shopping complex tersebut.. Paisehh.. full tempat duduk la.. mentang2 hujung minggu! ramai pulak manusia.. Dengan sedih aku melangkahkan kaki ku keluar dr kawasan itu.. Kerana terlampau sedih, aku berjalan.. berjalan.. berjalan.. hingga tiba di hadapan sebuah restoran KFC (bukan nama sebenar)

Mula2 aku buat donno je. tiba2 aku terlihat sorang cashier kat dalam tuuu... perghhh.. comelnya.. sebijik rupa Sharifah Amani.. Aku beranikan diri ku memasuki restoran tersebut.. Ku lihat di barisan 'Sharifah Amani' tersebuat tiada customer.. Peluang baik! Semakin aku menghampirinya, semakin ku lihat dia tersenyum.. manis.. Aku memesan ayam goreng 2 pieces set bersama air Pepsi.. Aku kenyitkan mata memberi isyarat kepadanya bahawa aku akan makan di suatu sudut, di restoran itu.

Aku kemudian mengambil tempat duduk di hujung restoran itu, sambil menunggu.. dan terus menunggu.. akhirnya.. 3 minit kemudian.. AZAN MAGHRIB PUN BERKUMANDANG.. lalu aku berbuka la puasa di restoran KFC hari tu.. Itu la pengalaman yang tak dapat aku lupakan, berbuka puasa di KFC..

Ehh.. aku dah lupa nak cerita pasal apa ha?

PETUA MUDAHKAN TIDUR

SUSAH nak tidur?Biasalah,lagi-lagi kalau besok nak bangun awal.Macam-macam cara kita gunakan untuk tidur,tapi payah betul. ini sebahagian dari petua-petua moden untuk mudah tidur.

1.Selalunya kalau kita mendengar org membebel atau memberi ceramah ke atau nasihat ke,mesti kita mengantuk.

2.Baca buku berkaitan dengan stdy kita.Jangan pula baca buku yg memang kita suka baca mcm  mangga ke,nanti tak boleh tidur pulak.

3.Pergi ke tempat yg biasanya memudahkan kita melelapkan mata cth.opis ke,bilik kuliah ke.klas ke

4.Gunakan teknik kiraan.Cuba kira semut di rumah anda atau kira cicak2 yg ada kat rumah rie.pasti terlena akhirnya.

5.Cuba mengorat anak jiran sebelah.Pastinya kalau dia tak layan,bolehlah anda melayan kekecewaan anda dengan tidur yg lena tapi frust.

cuba jangan tak cuba...

Bila minat kita tak sama dengan si Dia (berbeza)

Saja nak tanya korang sikit berkaitan dengan topic ni, apa pandangan korang bila minat tak sama (berbeza) dengan pasangan korang?

Contohnya bila korang minat sangat dgn cerita korea, kononya nak ceritalah kat pakwe, tapi hampa bila dia cakap, "Sorryla yang, abg tak minatlah, kalau cerita pun bukan abg paham." mencebik muka kawan tue. 

 
Ada jugak bila pakwe plak minat main band, korang pula kata "Kalau suara awak tu sedap tak pe jugak... , ada hati nak main band?" ? dlm hati ckp (suara mcm katak nak nyanyi plak) 

 
Ada jugak awek dia minat cerita hindustan, konon nak tengok wayang tapi pakwe dok gelakkan ckp "Ala ayg ni, Hindustan guling2 tu jugak yg ayg minat? geli bulu ketiak abg dengor? tengok la cerita king kong ke, planet of the apes ke, ok la jugak?" 

 
Kadang2 tu lucu juga bila di fikirkan, member aku selalu ngadu kat aku... perkara kecil pun dia orang boleh btekak? so apa pandangan korang... ?

Korang slalu sebut yang mana?

 

Aku nak nanya...apakah perkataan yang selalu korang sebut bile ngan kengkawan ke, family ke ngn mamak kedai ke ngn kucing korang ke...hehe..adakah

  • Klas ko jah! - Ini slalunya pompuan sebut ni hehe..asal usul perkataan ni dr iklan ribena
  • hampeh
  • kureng
  • serabai
  • lempang karang
  • hishh.. tumbok kangg..
  • Tumbok laju2 baru tau..
  • siot tol lar
  • Untung laaaaaaaa
  • ngok ngek
  • kuang ajaq (dlm loghat utaqha)
  • ntahape2
  • ape2 je la!
  • Talk to my hand - Ini spesis nk jd omputih tapi mkan belacan gak haha
  • OMG!!!! - Ini slalunya budak2 baru nak membesar dan baru dapat 5 days MC kihkih
  • Wat ever!!!
  • Kita bako bako bako aje - Ini ucop wilca ja slalu sebut
semua teruk2 kan..tp. xdele mengambarkan sikap sebenar kite...aku plak slalu sebut assalamualaikum je..hehe takde lah aku pun cam korang gak..hehe

korang lak suke sebut ape yer?

Spider Man... unfortunately not on your side


Don't Worry, We're Safe

Yes I can fixed everything

Ada kena mengena ngan Fasha Sandha eh??

BUNYI MACAM SAMA, TAPI BUKAN DIA.. INI SEMUA POYOOOOOOOOOO... HEHEHE

Terharu dengan kesungguhan sorang mamat nie..

Semalam aku main badminton kat precint 16 putrajaya..aku g ikut alamanda..on da way balik tu dlm kul 11 aku benti kat traffic light pastu nampak ada dua orang mamat ni pakai baju hitam naik motor bawak teddy bear besar..

Teddy bear besar tu dorang letak kat tengah2..tp disebabkan besar so nampak jelas lah..ramai lah org duk ushar..aku segan lah nak amik pic sbb kt belakang kete aku ada org..hehe..tp apa yg aku nak sampaikan kt sini ialah aku rasa kagum dengan mamat ni sbb sanggup beli teddy bear besar2 bawak naik motor plak tu..maybe nak bagi kt awek kot..sungguh romantik itu mamat lah hahaha..aku sempat tgk muka mamat tu..tgk cam muda lg.maybe pas SPM kot...

Teddy tu bentuk dia camni cuma besar lg..


P.S Gua respect sama lu lah bro sbb sanggup bawak teddy besar2 naik motor...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)