Rawatan traditional

Bukan rawatan je traditional..perkataan pun traditional gak..contohnya Gigitan Han Jing, Kenna Rat Sun, Gatar-gatar dan yang paing bestnya..MATI PUTCUK Wakakakakakaka

Phone Tangang tu ape?

Phone Tangang tu ape?

Bayar di mana?

Kreatif sungguh..jimat ruang dan space hehe

Tukang Besi

Boleh di maafkan sbb bukan org melayu yg tulis hehehe

Cara-cara menghadapi stress

1. Buat marathon tengok drama/filem korea ke, jepun ke atau drama melayu ke..mcm aku skang tengah layan drama adam dan hawa hihi...donload je..mana mampu langgan astro mustika..klau langgan menambah stress tu hehe.sape nk tgk drama adam dan hawa g tgk kt dailymotion ye..off topic jap..

2. Buat aktiviti sukan mcm jogging ke, main badminton ke..main konda kondi ke..takpun kemas rumah ke basuh baju ke.bercucuk tanam ke.itupun kira exercise gak kan..

3. Tido pun leh kurangkan stress tp sekejap je kot. bangun stress balik hehe..arghhhhh....

4. Menyanyi. Korang leh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut kihkih..reka sendiri pun boleh..nyanyi lagu gangnam style pun ok gak.

5. Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh. Contohnya tarian gangnam style..ermm takda tarian lain ka

6. Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga sampai rasa nk putus urat kentut hehe. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak2 pembinaan yang mana pekerjanya orang asing
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

7. Curahkan perasaan melalui diari ataupun blog...biar panjang mcm novel pun takpe..tulis je sampai jari2 tu rasa lenguh then leh lupa pasal stress..

8. Mendekatkan diri kepada tuhan..ini lah cara yang paling terbaik dalam semua cara2 kt atas..baca quran, solat dan bykkan berzikir..sbb zikir ni menenang kan jiwa..

lelaki dambaan wanita

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 22-32 tahun
1. Tampan
2. Charming
3. Kewangan yang stabil
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Mempunyai cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak ***** saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika aku bicara
4. Mempunyai cukup masa untuk makan bersama
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Rasuah


Pada suatu malam yg dingin lg menyejukkan...

Ajoi yang berasal dari indonesia bermimpi masuk ke alam kematian sehingga sampai ke hari perbicaraan

Pada hari perbicaraan sebelum memasuki Syurga atau Neraka,
Ajoi dan 2 orang pemuda dari Thai dan Singapura kehairanan melihat
pusingan jam yang mempunyai kelajuan berbeza mengikut negara.
Lalu pemuda dari negara Thai bertanya pada pengawal di pintu perbicaraan.

Pemuda Thai: "Pak,kenapa laju pusingan jamnya berlainan mengikut negara? "
Pengawal: "Oh..pusingan tu menunjukan kadar rasuah setiap negara. Semakin laju
pusingan semakin kuat rasuahnya" jelas pengawal
Pemuda Thai: "Oh..no wonder la pusingan jam negara saya laju sekali. Ini semua
angkara si Thaksin Shinawatra. Sawadikap betul lah" marah pemuda Thai tersebut.

Kemudian pemuda Singapura pula melihat jam negaranya.

Pemuda Singapura: "OMG..pusingan jam negara saya lambat sekali, ternyata negara saya
bersih rasuah. Sebab tu Singapura lagi maju dari Thai" bangga pemuda Singapura itu.

Kini giliran Ajoi itu pula ingin melihat jam negaranya. Setelah lama mencari,
dia masih gagal untuk melihat jam negaranya. Lalu dia pergi berjumpa pengawal untuk
bertanyakan pasal jam negaranya.

Ajoi : "Pak,maaf ya..kok jam negara saya tidak kelihatan? " tanya pemuda itu.
Pengawal: " Owh..kamu ini orang Indonesia kah? "
Ajoi : "Iya pak,kok bapak bisa tau saya ni orangnya Indonesia? " soal pemuda
itu kebinggungan.
Pengawal: " Sudah tentu saya tahu. Sebab,hanya jam negara Indonesia yang kami boleh
jadikan kipas di pintu masuk"


Oh! My English..

Ali - abg dlam bahasa English ape ?
Mak - brother..
Ali - adik ??
Mak - brother..

Raju - How many siblings do u have ?
Ali - I have 1 brother and 1 brother...
Raju - so,,two brothers right ?
Ali - NO ! 1 brother and 1 brother...
Raju - 1+1=2 brothers right ?
Ali - NOO !! 1 brother and 1 brother !!

 
Poket Note:  Elder brother or younger/little brother biasa guna utk kes mcm ni. Kalau tak mmg general je pakai brother

Amaran kepada guru????

sekolah mane ntah ni...

Facebook boleh jadi leka

ala makcik pn ape kurangnye..tunggu turn je nk main farmville..

Jururawat rakam imej hantu

IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta
di Melaka baru-baru ini.
MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Profesor Madya 7 Kali Gagal STPM...

7 kali gagal dalam STPM tidak pernah mematahkan semangatnya untuk bergelar anak tempatan yang berjaya suatu hari nanti.

Malah, Prof Madya Dr Bustam Kamri, 57, juga pernah bekerja sebagai boneka jalanan ketika mudanya selama lebih 5 tahun bagi menyara kehidupan ketika menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, di samping bertujuan menghiburkan masyarakat khususnya kanak-kanak. 

Minat mendalam dalam dunia kanak-kanak membuatkan Bustam dahulunya turut dikenali sebagai antara penghibur jalanan paling diminati anak kecil. Beliau juga pernah diundang menjayakan siri rancangan boneka di beberapa stesen televisyen termasuk di TV1 dan TV3.

Bustam berkata, kegagalan dalam STPM tidak pernah menghalangnya untuk terus berusaha mencipta kejayaan dan prinsip hidupnya yang dipegang sehingga kini adalah jangan mudah putus asa. 
"Saya malu juga denga kawan-kawan bila kena ulang STPM sampai 7 kali, tapi kena tebal muka sebab saya mahu belajar dan menjadi seorang yang berjaya.

"Kejayaan juga tidak akan datang kalau tidak dicari," kata anak kelahiran Muar, Johor yang kini berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak di Universiti Antarabangsa UNITAR.

Menceritakan sejarah hidupnya, bapa kepada dua anak ini berkata, selepas menamatkan STPM, beliau berjaya menyambung pelajaran di peringkat diploma di MPIK sebelum menyambung ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau turut ditawarkan biasiswa oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Lanjutan dalam bidang kanak-kanak di University Southern Connecticut State, Amerika Syarikat (AS) sebelum menyambung ke peringkat doktor falsafah (PhD) di University Massachusetts (AS). 

Kejayaannya menggenggam PhD menjadikan Bustam sebagai rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi daripada luar negara dalam bidang pengajian awal kanak-kanak. 
Mengulas lanjut mengenai kerjaya sekarang, Bustam yang juga penasihat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata, impiannya kini hanya mahu melihat bidang perkembangan awal kanak-kanak menjadi antara jurusan yang boleh menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat dan negara.

Katanya, Malaysia masih belum mencapai tahap cemerlang dalam melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri perniagaan berasaskan permainan kanak-kanak.
Jika ada pun beliau berkata, ia tidak lebih daripada hanya tertumpu kepada melahirkan warga pendidik seperti guru prasekolah.

"Sebab itulah menerusi fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak (Universiti Antarabangsa UNITAR), kita memberi tumpuan kepada usaha untuk melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri, khususnya dalam mencipta serta menghasilkan barang permainan yang penuh kreativiti dan boleh merangsang perkembangan minda kanak-kanak,"katanya.

Sumber: BH 28 Okt 2012

P/S - Share citer ni supaya jadi inspirasi kpd pelajar2 kt luar sana..tgk dia ni repeat STPM 7 kali..itu bermakna 7 tahun lah dia amik kan..pastu sambung diploma je dpt..sedangkan sepatutnya pas STPM kalau result bagus leh sambung degree..betapa semangat dia berusaha harus kita contohi..buang sifat malu semua...

Ermm..teringin gak nak amik master then sambung PhD cam kengkawan lain tp masih byk lg komitmen kena buat...

Selepas 25 kali

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

P.S / Sape tak paham tu baca balik ye..dan tu jd kali ke 26 dol mencube..hikhikhik

Gempar! Objek Misteri Dikesan di Sekitar MRR2!


Objek ini ialah
  • Tiang untuk connect dengan cybertron
  • Tiang signal untuk kesan UFO yg lalu kt situ
  • Sekadar accesories jalan
  • Tempat untuk burung bertenggek melepaskan lelah selepas terbang seharian
  • Tiang lektrik tapi kabel wireless
  • Tiang untuk gantung banting BN sempena PRU 13
  • Simbol freemason wakakakak
Actually tak silap aku bende tu tiang letrik kabel kapasiti tinggi..tangguh dulu katanya sbb ada org bantah...tp tak pernah plak aku tgk dorang pasang bende ni..susah tu...ntah2 tiang ni dorang dh pasang masa zaman jepun dulu lg kihkih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)