Tips semasa musim panas...

Sekarang semua tau yg malaysia tgh mengalami musim panas melampau..cara paling mudah memang lah beli aircond kan tapi bukan semua mampu pakai aircond kan..so kt sini aku nk share kaedah yg murah sikit dari beli aircond

1. Tutup peralatan elektrik yg mengeluarkan haba mcm decoder astro dan tv dan lampu.
2. Buat ais dan buat mcm gambar kt bawah




3. Untuk kesan yg lebih maksimum buat mcm yg pic kt bawah. Letak ais dalam bekas..pastu tabur garam sikit supaya ais lambat cair.ataupun letak air dalam botol bagi beku..




4.Kalau peti ais pun takda nk buat ais..amik air paip letak dalam mangkuk pastu tala kipas ke air dlm mangkuk tu..

5.Kalau kipas pun takda tak dapek lah nk nolong aih..haha

5 Hutan Tercantik di Dunia Untuk di Lawati


Oleh : Dean BZ


Setiap negara memiliki hutan dengan keunikannya tersendiri. Kebiasaannya hutan adalah tempat yang penuh dengan semak samun namun berbeza dengan lima hutan ini yang mempunyai keunikan tersendiri. Berikut merupakan lima hutan paling indah di dunia yang menjadi tumpuan pencinta hutan di seluruh dunia :



1. Caddo Lake, United States
Terletak di sempadan antara Texas dan Louisiana, meliputi kawasan seluas 25.400 ekar yang dilindungi di bawah perjanjian RAMSAR. Ia juga mempunyai hutan Cypress terbesar di dunia.



2. Taman Hutan Negara ZhangjiajieChina
Taman Hutan Negara Zhangjiajie ditubuhkan pada tahun 1982, merupakan taman hutan negara pertama yang diwartakan di China. Kawasan ini meliputi 480,000 meter persegi (185 batu persegi). Ciri-ciri geografi yang paling ketara dalam taman tersebut adalah pembentukan tiang seperti yang dapat dilihat di seluruh taman.


3. Halle`s forest, Belgium
Hutan ini terletak hanya di sempadan Flanders dan Wallonia, di perbandaran Halle, kira-kira 30 minit ke selatan Brussels. Dari akhir April hingga awal Mei, beberapa ekar hutan di pinggir Wood Halle akan diselaputi oleh permaidani indah iaitu hamparan pokok hyacinths bluebell liar.



4. Sagano Bamboo Forest, Japan
Bamboo Forest terletak dalam daerah Arashiyama di pinggir barat Kyoto yang meliputi kawasan seluas 16 kilometer persegi. Ia adalah salah satu hutan semula jadi yang paling indah di Jepun.  Keindahan pemandangan hijau dengan alunan bunyi yang tercipta secara alami dari celahan buluh membuatkan hutan ini antara yang terindah di dunia. 




5. Crooked Forest, Poland
Hutan ini terdiri daripada kira-kira 400 jenis spesis pokok aneh melengkung seperti yang dilihat dalam gambar. Tidak dapat dipastikan pula adakah kewujudan pokok yang tumbuh melengkung itu adalah semula jadi atau dibuat oleh manusia.

Cuba Jus Tropika, Air Kelapa Lemon





Anda penggemar minuman eksotik dan tropika? Jom sediakan air kelapa yang dicampurkan dengan jus lemon.

Sangat segar dan menghilangkan dahaga!

Bayangkan minum air kelapa lemon ini di tepian pantai, sambil ditiup bayu..wala!! 


Bahan-bahan: 

1 biji kelapa muda - diambil air dan isinya 

1 biji lemon - diperah ambil jusnya 

2 sb gula   

Kiub ais 


Cara-cara:

Campur semua bahan dalam jag.

Kemudian sejukkan dalam peti. Sangat enak dan menyegarkan. 


Sumber : ucubakery.blogspot.com 



(Sumber foto: carian google)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...