Nasi goreng tanpa GST yang sebenar

pemalaih sungguh....semua tak hiris korang mesti tertanya tanya mana teluq..teluq sebenarnya dah di goreng pada suhu 110 darjah celsius kemudian dijadikan abu dan di gaul bersama nasik

ISTILAH SEDERHANA DALAM BAHASA KOREA

ISTILAH SEDERHANA DALAM BAHASA KOREA:

maknae : sebutan untuk yang paling muda dalam anggota
Saranghae : ‘aku cinta kamu’ dalam bahasa korea
Mianhae : ‘maaf’ dalam bahasa korea
kamsahamnida / komawo : ‘terima kasih’ dalam bahasa korea
Yeoja : ‘perempuan’ dalam bahasa korea
Namja : ‘laki-laki’ dalam bahasa korea
chingu : ‘teman’ dalam bahasa korea
Yeoja-chingu : ‘pacar perempuan’ dalam bahasa korea
Namja-chingu : ‘pacar laki-laki’ dalam bahasa korea
Halmeoni : ‘nenek’ dalam bahasa korea
Harabeoji : ‘Kakek’ dalam bahasa korea
eomma : ‘mama’ dalam bahasa korea
appa : ‘papa’ dalam bahasa korea
ajusshi : ‘paman’ dalam bahasa korea
ajumma : ‘bibi’ dalam bahasa korea
Hyung : ‘kakak laki-laki’ dalam bahasa korea (bila yang mengucapkan adalah laki-laki)
Nunna : ‘kakak perempuan’ dalam bahasa korea (bila yang mengucapkan adalah laki-laki)
Oppa : ‘kakak laki-laki’ dalam bahasa korea (bila yang mengucapkan adalah perempuan)
Eonni : ‘kakak perempuan’ dalam bahasa korea (bila yang mengucapkan adalah perempuan)
Dongsaeng : ‘adik’ dalam bahasa korea
Yeo-Dongsaeng : ‘adik perempuan’ dalam bahasa korea
Namja-Dongsaeng : ‘adik laki-laki’ dalam bahasa korea
Netizen : ‘Internet Citizens’ orang yang merupakan bagian dari komunitas internet.
MV : Music Video
CF : Commercial Films
Cyworld : tempat dimana member suju dan elf bisa berinteraksi lewat dunia maya
antis / AF : kebalikan dari fans (Anti-Fans) ,, orang2 yang ga suka dengan artis tsb

cre: caca-care.blogspot.com
Via: Yuna World
share: kbpkoreafamily.blogspot.com

Mengelamun Baik Untuk Anda? Bagaimana?

Biasa orang cakap mengelamun ni tanda fikiran terganggu, ada masalah cinta, keluarga atau masalah di pejabat. Mengelamun ini ibarat makan tak lalu, mandi tak basah, akibatnya kalau anda mengelamun.

Hilang tumpuan tu memang tak baik tapi namun seperti yang ditulis didalam Daily Health Post, hasil penelitian mereka menemui kebaikan mengelamun. Jom baca:


1. Lebih empati
mereka yang 'kuat berangan' ini dilihat lebih prihatin dan lebih mudah berempati. Dengan era serba canggih ini, hubungan antara ingatan, imaginasi adalah kuat dan mudah mereka mengerti tindakan pihak lain.

2.Menajamkan ingatan
Menurut american Psychological Association, membayangkan sesuatu dari perspektif berbeza adalah cara berkesan otak untuk mengingat informasi secara khusus.

3. Meningkatkan kreativiti
Setelah diteliti, kreativi bermula daripada khayalan. Melalui khayalan, otak bekerja dengan lebih aktif untuk menghasilkan sesuatu kerana berkhayal mampu mendidik mereka berfikir dari pelbagai sudut.

4.Menggembirakan hati
Mengelamun tak terbatas untuk perkara yang berat. kadang-kadang perkara remeh yang menggembirakan mampu membuatkan manusia ceria. Ini akan meningkatkan hari anda lebih baik dan menimbulkan rasa tenang.

Penduduk terkejut ribuan ikan melompat dari laut 'bunuh diri'


Gambar Apple Daily Hong Kong

Penduduk di Hong Kong dikejutkan apabila puluhan ribu ikan memilih 'membunuh diri' secara beramai-ramai dengan melompat keluar dari laut dan terdampar di darat.

Kejadian luar biasa yang berlaku di St. Stephen’s Bay di daerah Stanley itu segera mengundang kebimbangan orang ramai mengenai bencana yang mungkin berlaku.

Sinchew Daily melaporkan, para pakar mengaitkan kejadian itu dengan beberapa kemungkinan termasuk perubahan cuaca secara mendadak.

Fenomena itu juga dikaitkan sebagai petanda awal berlakunya gempa bumi dan taufan.

Selain itu, kapal besar yang melintas juga mungkin mengejutkan kumpulan ikan seterusnya mendorong mereka melompat keluar dari laut.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang, Ahad lalu dan kemunculan ikan yang ramai di pantai berbatu mengeluarkan bunyi tertentu apabila ikan tersebut 'melompat-lompat' di darat.

Pakar perikanan memberitahu ikan tersebut adalah ikan sardin sementara pakar kajian haiwan berpendapat fenomena itu luar biasa dan jarang berlaku.

"Fenomena itu merupakan kelakuan luar biasa daripada haiwan. Ikan biasanya tidak akan berenang secara berkumpulan ke arah pesisir pantai, apatah lagi melompat ke darat," katanya.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...kan-bunuh-diri

Mason dan ayamnya Love Bird


edisi d'awww 

Mason dan ayamnya Love Bird



Mason selepas haircut kelihatan lain dimata Love bird

nak pelo.... eh lain ni, Mason ke Ellen degeneres? better cekidaut


Oh.... betullah... wajah kesayangan ambe Masong....



[suara garau] nak pelokkk juga nak pelokkk
pigidah!

LG Perkenal Model TV Boleh Gulung Seperti Kertas





Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan di permukaan dinding macamwallpaper bulan lalu, kali ini LG bakal muncul dengan model yang lebih canggih.

Firma gergasi elektronik Korea Selatan itu dilaporkan akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layar.

Ia masih lagi mengguna pakai teknologi televisyen keluaran LG sebelum ini iaitu OLED atau organic light-emitting diode yang dahulunya seumpama kertas dinding untuk ditampal pada ruang permukaan dinding rumah.



Kini teknologi OLED ini diubah suai agar boleh digulung, namun buat permulaan LG hanya mencipta skrin kecil berukuran 18 inci sebelum meningkatkan saiz TV super-tipis itu sehingga 
lebih 60 inci menjelang tahun 2017.

Prototaip model paling canggih tersebut yang ideanya sudah didedahkan kepada umum sejak tahun lalu; bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 di Amerika Syarikat pada Ahad ini.

OLED dijangka menjadi model televisyen masa depan dan bulan lalu, LG melancarkan beberapa model yang menggunakan teknologi ini dengan saiz ukuran 55 inci yang tebalnya pula kurang daripada 1 milimeter.

Harga TV OLED 65 inci keluaran LG, misalnya mencecah AS$9,000 (RM33,300) tetapi syarikat itu yakin dengan masa depan teknologi tersebut sejajar dengan kecanggihan industri penyiaran dunia.
- CARI Infonet




Sumber : Agensi/ H.A.Amree

DIY shelf untuk mesin basuh

Papan tu aku cat balik..papan lebihan dari kabinet dapur..L shape tu aku beli kt kedai hardware..simple dan murah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...