Tembikai Viagra semula jadi


buah tembikai yang manisgambar sumber pakcik google
Belahan tembikai yang merah menyala,bukan hanya meransang selera tetapi turut meransang ghairah suami isteri.
Para akademik di Texas Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline.sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah didalam tubuh yang memberi efek persisviagra.Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi dan meransang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah.
Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan kekebalan tubuh apabila bereaksi dengan enzim tubuh.Selain itu,Citrulline juga mampu meransang arginine didalam tubuh.Rangsangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi releks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi.
P.S / Baca dari pengalaman org lain memang makan tembikai dapat menguatkan tenaga batin seperti viagra..org tu makan ngn biji2 skali..kulit tak yah lah mkn hehe..biji tu gigit2 bagi hancur..erm..pasni aku nak g beli tembikai merah lah..malam jumaat nanti kot hehehe..werkkk :-P

3 kuntum ros merah untuk isteriku..


Aritu masa jumpa bini aku kat tempat kursus dia aku bagi dia 3 kuntum ros merah ni..ni bunga ros fresh.bunga hidup..masa jalan2 kan PKNS bangi cari barang untuk bini aku terjumpa satu kedai bunga hidup ni dalam PKNS bangi..kat ground floor..so aku rasa nak tulis entry nie dan bagi credit sikit kat kedai bunga tu.bila orang search kat google mana tau leh jupe entry nie nanti kedai bunga tu gak yg dpt customer kan..

3 kuntum ros merah membawa maksud "I LOVE U"

Ermm..tempat duduk lapik polka dot hitam putih tu bini aku punya tau..hehehe..bukan aku punya..tak letak kad ucapan apa pun sbb aritu takde aniversarry apa pun just rasa nak bagi dia bunga..sbb dia pernah ckp dulu tingin nak bunga hidup..masa kawan dulu aku tak pernah bagi pun..pas kawin baru bg hehe..

Typical malaysian habit..

Jom senaraikan habit2 org malaysia slalu buat


  1. Panggil semua org bos.."bos teh tarik satuu..."
  2. Suka hon dan beri lampu tinggi bila bawak kete..
  3. Slalu lupa tutup penutup minyak kereta...
  4. Datang keje lambat..hehe
  5. Suka buang sampah merata2..
  6. Suka parking berlapis2.block kete org lain.berat benor badan nk jalan jauh
  7. Suka cangkung atas tandas duduk. Phewww! Saje nak cop tapak kasut dia kat toilet bowl tu
  8. Panggil waiter macam bunyi cencorot. Shuwiittt shuwiitt.
  9. Korek hidung dalam kereta atau kenderaan awam dengan muka tak bersalah
  10. Suka menokok tambah cerita dalam blog dan fb..kenkadang bila dah kantoi dorang akan ckp blog dan fb kena hack lah...
  11. Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut
  12. Suka tinggal troli kat parking kete
  13. Suka bukak bungkusan kat pasaraya sbb nak tgk dulu...
  14. Suka diri kat pintu LRT, Komuter atau bas..
  15. Tak beri tempat duduk dalam pengangkutan awam kpd org yg memerlukan
  16. Suka merokok2 di tempat yg dilarang
  17. Suka sms dlm panggung wayang..ckp dengan kuat dlm panggung wayang atau lift..
  18. Makan dengan bunyi yg kuat..
  19. Suka kentut dengan kuat di tempat awam

"Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya" - Najib Razak

Itulah ungkapan dan keratan akbar milik Harian Metro hari ini iaitu 27/1/2013. BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan.

"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya" kata Najib Razak seperti yang dipetik dari Metro Ahad hari ini, 27 Januari 2013 dalam sebuah artikel dua muka di akhbar itu yang bertajuk "bukan syok sendiri".

Tinjauan yang dibuat orang ramai hanya edisi selangor je yang berlaku kesalahan ejaan nama ini. Mereka yg membeli harian metro di negeri lain contohnya seperti johor mempunyai ejaan yang betul iaitu zain saidin.

Agak pelik kenapa harian metro edisi tengah berlaku kesilapan seperti ini..lebih-lebih lagi membabitkan nama perdana menteri malaysia..

Ini bukan photoshop ye..ini betul2 bukan cobaaaaaannnnn hehehe



Kereta pertama untuk graduan baru bekerja

Aku ada terima satu permintaan pembaca blog kumbang jingga dari cik ekin untuk buat review tentang kereta pertama untuk graduan baru bekerja...erm..aku tak terer sgt pasal kete ni tp aku leh citer lah sikit2 hehe..

Firstly masa aku grad dulu pas keje aku tak beli kete pun pakai motor lama je..lebih kurang setahun keje baru aku beli kete..skang ni mudah sbb fresh graduate yg baru keje sebulan pun dah boleh beli kete..jgn risau kosong downpayment..cuma interest je lah tinggi sikit..ni panggil skim graduan..kawan aku ada sorang pakai skim nie..dia beli myvi SE yg oren tu.kosong downpayment..bulan2 tak silap aku dia ckp dlm 500 lebih je..

Kawan2 aku yang lain pun kebanyakannya pakai myvi..dorang semua beli masa awal2 dorang keje..ye lah kebanyakkan dorang ada yang tak reti bawak motor..anak orang senang lah katakan..golongan berpendapatan sederhana...mcm aku dh biasa hidup susah..aku dulu beli kete bukan kosong downpayment tapi aku bayar 10 percent..tapi tak sampai 10 percent aku bayaq sbb toyota bagi rebate RM1000..downpayment sepatutnya 7 ribu lebih tp aku bayaq 6 ribu lebih je lah sbb ada rebate...aku tak pakai skim graduan tu pun sbb interest tinggi..riba dia tinggi sgt haha..yg ni riba rendah sikit haha..

Bg aku depend kpd fresh graduate tu lah..klau fresh graduate tu start terus keje ngn petronas rasanya at least dorang pakai honda city , ada yg pakai mitshubishi lancar pun ada.hihi.depend keje masing2 ye..tp pas keje lama2 aku rasa beli kete mahal2 rasa macam tak berbaloi plak..cukup dengan kete yg jimat minyak dan tahan lama..dan kurang maintaince..beli kete murah sgt pun tak berbaloi gak..nanti nak maintaince repair semua makan kos balik...

Kete ni tak macam rumah..harga kete makin lama makin turun..rumah plak harga makin naik..rumah boleh buat bisness sewa gak hehe..tp ye lah kan org ckp kete ni lambang imej kewangan ataupun lambang imej kerjaya seseorang...sbb tu korang tengok geng2 MLM pakai kete besar2 mcm BMW supaya org tertarik nak join skim MLM dorang..sedangkan kete tu company bagi pinjam je pun hahahahaha

Aku rasa minyak kereta yang hampir mcm sama dengan minyak motor maybe viva..nak parking pun senang..comel je atas jalan raya..slalu aku tgk viva ni mcm innocent je atas jalan raya hehehe..bulan2 pun murah kalau buat long term.dlm 300 lebih je kalau buat 9 tahun...so amat berbaloi untuk yang baru bekerja.. bebanan pun kurang sikit..


Bagaimana aurat isteri dengan keluarga mertua

Konsep nak paham senang je..isteri perlu menutup aurat dengan semua ahli keluarga mertua kecuali dengan bapa mertua dan mak mertua sahaja ataupun datuk mertua dan nenek mertua sahaja..tp walaupun di rumah tu hanya tinggal mak mertua dan bapa mertua sahaja isteri tetap digalakkan tutup aurat tapi tidak berdosa jika tidak tutup aurat jika di rumah hanya ada bapa mertua dan mak mertua

Bapa mertua dan mak mertua itu ibarat ibubapa kandung kita juga jd sbb tu lah kita boleh salam.termasuk lah nenek mertua dan datuk mertua kita boleh salam gak..

semua sedia maklum aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan ikut semua mazhab kecuali mazhab hanafi. persoalan kedua..klau ikut mazhab syafie, hanbali dan maliki pergelangan kaki juga termasuk aurat wanita..kecuali mazhab hanafi mengatakan pergelangan kaki bukan aurat..

Jadi ramai kat malaysia ni bila di dalam rumah mertua mereka akan berpegang mazhab hanafi tak pakai stokin bila dalam rumah mertua...iye lah nak masuk tandas dengan mandi ataupun membasuh baju dengan stoking bukan senang kan..takpun pakai kain batik labuh hingga menutup kaki boleh juga jd tak perlu pakai stokin kan..

Tp tak salah bila keadaan tertentu kita ikut mazhab hanafi kan..memang kita tahu mazhab syafie adalah yg terbaik dari semua mazhab tapi tak bermakna mazhab hanafi salah kan..

Wallahualam..klau ada salah tolong betul kan ye..harap sedikit sebanyak ilmu ni membantu korang ye..




Ikan Halimunan

Gambar pra perkahwinan liyana jasmay: Belum kawin tapi dah cium dan peluk-peluk bagai

Terkejut aku bila tgk gambar pra perkahwinan liyana jasmay yang betul2 pra perkahwinan..dalam beberapa gambar tu ada scene fathudin mazlan cium dahi liyana jasmay..amboi2..awalnya praktis hehe..

Maaf lah gambar tu tak leh letak kt blog ni sbb censored hahaha..liyana jasmay seksi bangat hahaha..dan ada beberapa gambar lagi scene berpegangan tangan dan scene berpelukan..isk2..bertapa modennya dorang nie..belum kawin dah buat bende2 mcm tu..

Liyana jasmay bagi pic2 dorang tu kt bhgian bipop berita hairan..tp bila ramai org duk kutuk2 sbb cium dahi ngn peluk2 tu mak dia melenting lah ko jah hahaha..sapa tak melenting org kutuk anak hehehe...ada klas ko jah bg gambar pra perkahwinan kt akhbar hehehe

Dorang akan kawin 2 febuary ni..kt motel mana tah..eh silap bukan motel tp hotel hehe..cepat2 lah kawin sbb dorang ni dah tak sabaq2 dah tu hehe

Ucapan Obama terganggu kerana lalat


OBAMA berucap di sebuah bilik di White House, Washington kelmarin.


WASHINGTON - Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House di sini kelmarin.
Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika.
Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.

SERANGGA itu (dalam bulatan) hinggap di dahi Obama.


Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.
Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya.
Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu.
"'Orang ini' (lalat) mengganggu saya di sini," katanya.
Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen.
Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. - Agensi

Hero cilik tahan parang perompak


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun boleh digelar ‘hero cilik’ apabila cuba melawan seorang daripada tiga perompak yang memasuki rumah keluarganya di sini, Rabu lalu.
Bagaimanapun, tindakan beraninya itu berakhir tragedi apabila dia cedera di kedua-dua belah tangan selepas menahan libasan parang dihayun suspek menyebabkan remaja itu terpaksa menerima 15 jahitan.

Mangsa yang juga murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah ini, terpaksa dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan keluar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang di Taman Bemban Raya itu, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah didatangi tiga lelaki kononnya pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang ingin menukar meter elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa sempat menelefon ibu yang sedang bekerja di sebuah kilang bagi memaklumkan kehadiran tiga lelaki itu. Beliau berkata, mangsa terkejut apabila tiga lelaki itu memasuki rumah dan mencekik lehernya sebelum menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Jeritan mangsa didengari seorang jiran yang kemudian datang membantu. Sebelum beredar, seorang daripada suspek sempat melibas kanak-kanak berkenaan dengan parang.

“Jiran mangsa sempat bergelut dengan suspek sebelum seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas dibantu beberapa jiran lain,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, suspek berusia 33 tahun dari Taman Seri Ara, Parit itu ditahan reman tujuh hari berakhir 30 Januari ini bagi membantu siasatan.

Shaharon berkata, suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala identiti dua lagi suspek gagal diperolehi sehingga kini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan mula bergiat aktif sejak akhir tahun lalu selain terbabit dalam modus operandi sama iaitu menyamar sebagai pekerja TNB.

“Siasatan awal mendapati tindakan suspek sukar diragui memandangkan suspek lengkap berpakaian seperti pekerja TNB dan membawa perkakasan membaiki meter elektrik.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan jenayah dilakukan kumpulan sama di Chemor sekitar Disember lalu,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang awam supaya berwaspada dengan individu tidak dikenali dan tidak sesekali membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tanpa sebab.

Sumber :  http://www.hmetro.com.my/articles/Tahanparangperompak//Article

Kura2 hilang 30 tahun rupenye duduk dlm stor yg berkunci tapi masih hidup!

Keluarga Almeida menjumpai kura2 peliharaan mereka dlm stor yg berkunci slepas 30 tahun kehilangannya.

Manuela (nama kura2) disangka hilang oleh family tersebut melalui pintu rumah yg terbuka pada tahun 1982 di Rio de Janeiro, Brazil.

Tapi awal bulan ni, bapa Almeida meninggal dunia dan dorg mengemas bilik stor kepunyaan bapa dorg di tingkat dua.

Bilik stor itu diguna mendiang sbg tempat mengumpul barang2 elektrik terpakai dan ahli keluarga tak pernah usik stor yg sentiasa berkunci itu.



Kura2 itu dijumpai dlm kotak megandungi pemain piring hitam.

Seorang veterinar menerangkan kura2 itu dari jenis red-foot tortoise yg boleh hidup dlm tempoh lama tanpa makanan. Dia beranggapan yg kura2 itu mgkin hidup dgn memakan anai2.

******************
Red-footed tortoise
-sejenis haiwan peliharaan yg popular di Amerika Selatan
-hidup di kwasan padang rumput dan hutan kering. makan buah, daun, bangkai haiwan, najis.
-boleh hidup tanpa makan selama 3 tahun.
-jangka hayat 50 tahun
dgn rajinnye translate dari LINK

P.S / kesian gila binatang ni.huhuhu alhamdulilah panjang umoq dia. dia boleh survive 3 tahun tanpa makanan. tapi dah 30 tahun. Allah nak lindung... subhanallah

Pengalaman beli rumah baru..

Sejuknya malam nie..tambah2 hujan plak.rasa nak menulis plak..jemu gak duk letak pic kelakar je..hehe...so entry kali nie nk citer pengalaman beli rumah baru..mana tau korang nak beli gak nanti..especially yg nak mendirikan rumah tangga jd harap2 membantu sedikit sebanyak..lg pun entry ni juga nak mencari SEO bg yang mencari tentang cara-cara membeli rumah baru.

First korang nak rumah camna..nak rumah ada tanah ke rumah takda tanah cam rumah apartment ke condominium ke..semua org mesti nak rumah teres kan..ada tanah..tp ikut kemampuan lah kan..sama gak cam aku..tak mampu lg nak beli rumah ada tanah..jd kami beli kondominium 9 tingkat..3 bilik dan 2 bilik air dan juga 2 parking lot khas..di basement..ada gard  dan swimming pool..keluasan 1000 feet lebih sikit..harga jualan RM210 ribu tapi dpt rebate diskaun bumiputra RM10 ribu rebate

Nak citer dulu beza rumah tanah ngan rumah takda tanah nie..beza paling besar rumah ada tanah harga naik lebih cepat berbanding takda tanah..kelebihan lain rumah ada tanah ni takda maintainance fees..kerete pun lebih selamat sbb kita nampak..

mula2 kami bayar booking fees dulu seribu..kami tanya dulu..andai kata loan tak lepas booking fees ni bagi balik tak..dia ckp bagi balik..so selamat lah..ada develepor bg balik separuh je..pastu dia ckp fees untuk S&P(Sale and Purchase) agreement free..cuma bayar RM700 je untuk ape ntah..loan fees plak kami kena tanggung..mahal gak lah..jadi kami apply loan..loan kami lulus sbb kami buat nama bersama jadi kukuh sikit cuma susah sikit bila nak sain kena ada dua2 org..

Loan fees kami wavein ke dlm loan..balance lg 10 percent kuarkan KWSP account dua..dua document yang diperlukan untuk apply kwsp ialah salinan S&P dan salinan offer letter.dan lain2 mcm ic dan penyata bank dan penyata kwsp

Alhamdulilah rumah tu dijangka siap hujung tahun ni..skang kami cuma bayar duit interest je dulu ikut tahap pembinaan..skang kami bayaq RM90

Arghhh memang perit gak lah proses nak beli rumah baru nie..sabar je lah...

Perkara2 yang perlu kita tahu kalau beli rumah baru ialah kena check dulu syarikat yg buat rumah tu disenaraikan hitam ke tak..bukan apa kita duk bayaq bulan2 tp rumah tak siap2..takut gak kan...lg satu ada harga rumah yg memang dah termasuk S&P dan loan fees jd harga rumah tu agak mahal tp dorang akan ckp fees2 tu free dorang tanggung..cerdik kan dorang nie..

Lg satu klau korang tak mampu nk byaq fees2 tu baik wavein kan ke dlm loan..klau duit acount 2 kwsp korang cukup untuk 10 percent dan fees takpa lah..lg satu klau nk citer bank mana yang bagus untuk loan leceh lah..mau berjela2 panjang entry aku nie...hehe..

Kami beli rumah kat high property kt bangi..rumah teres kt bangi ada yg harga hampir satu juta..mahalnya..nk beli yg jauh tempat keje jauh..tempat makan pun kurang...harga rumah pun lambat naik..org pun tak ramai mau sewa klau tak nak duduk..

P.S / Nanti aku citer cara beli rumah secondhand plak sbb aku tengah proses beli rumah yang aku tengah sewa ni..loan semua dah lulus tinggal nk kuarkan kwsp je

Rumah batman di malaysia

Betul2 minat batman nie..klau sedara mara mai ni mana nak letak muka..nasib baik dia ni kaya

Tido dalam LRT kat Malaysia

Ni mesti kes baru beli bantal baru..nak test..tak sabaq balik rumah

Transformer di malaysia


Kucing paling romantik di dunia

Inilah keistimewaan kucing..dah lah comel cam aku..penyayang plak tu..hehe

Tiga beranak maut depan rumah

MUHD. GHAZALI meratapi kematian isteri dan dua anaknya yang terlibat dalam kemalangan ngeri berhampiran Bukit Naning, Muar semalam.


MUAR – Isteri dan dua anak kepada seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Batu 14, Jalan Muar-Ayer Hitam berhampiran Bukit Naning dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa Ngaisah Redzuan, 46, yang merupakan seorang guru dan dua anaknya, Mohd. Nurullah Al-Azim Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10, meninggal dunia di tempat kejadian.
Tubuh tiga beranak itu berkecai apabila kereta Proton Persona yang dipandu Ngaisah dihempap tiang dan bahan binaan konkrit setelah sebuah lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan tersebut hilang kawalan lalu terbalik.
Lori berkenaan yang datang dari arah Ayer Hitam menghala ke Muar pada mulanya cuba memintas kereta mangsa yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya.
Malangnya, lori terbabit tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan konkrit berkenaan bertaburan dan menghempap kereta mangsa.
Lebih memilukan kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah mangsa ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning yang merupakan tempat Ngaisah mengajar. Dua anaknya juga bersekolah di situ.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ItBKv7cr 
Hakcipta terpelihara 

Hepi sgt sampai tertido

Apa yang pelik dengan driver vacancy nie?


Gaduh ngan kucing

10 Golongan yang solatnya tiada diterima


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

43. Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk.

al-Baqarah

Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, 
beringatlah ada

10 golongan yang tiada diterima solatnya:

1. Orang yang tiada berjamaah.
Dimaksudkan adalah orang yang mendengar azan tetapi tidak datang berjamaah. Dan yang dimaksudkan mendengar azan adalah mendengar azan dari suara bilal sendiri tanpa pembesar suara. Jadi mereka mereka yang rumahnya bersebelahan dengan surau/masjid (dapat mendengar suara bilal tanpa pembesar suara).

2. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Di dalam al-Quran banyak disebut "Dirikan solat dan tunaikan zakat". Bermaksud tiada diterima solat orang yang tidak berzakat atau zakat orang yang tidak bersolat.

3. Orang yang berzina.
Diceritakan orang yang berzina ini ibarat orang yang telah tertanggal imannya. Maka orang yang tidak beriman, maka solatnya tidak diterima.

4. Orang yang mengamal riba'.
Orang yang mengamalkan riba' dosanya adalah seperti dosa membunuh Nabi. Maka tiada iman dan tidak diterima solatnya.

5. Orang yang mencuri/merompak.
Tergantung solat orang yang mencuri itu sehingga dia bertaubat dan memulangkan barang yang dicurinya.

6. Orang yang memakan benda haram (mutlak).
Haram mutlak adalah seperti arak, khinzir, harimau dan lain lain binantang yang haram dimakan. Setitik arak, 40 hari Allah tidak menerima amalannya. 

7. Orang yang memakan dan meminum perkara yang haram.
Dimaksudkan disini adalah memakan, meminum, atau menggunakan sesuatu yang halal tetapi menjadi haram kerana bukan milik. Contohnya adalah orang yang makan rambutan jiran tanpa izin.

8. Orang yang menjual yang haram.
Menjual yang haram yang dimaksudkan, adalah antaranya seperi orang yang menjual makanan eksotik, katak, biawak untuk orang kafir makan. 

9. Orang yang lari dari tuan.
Antaranya adalah hamba yang lari dari tuannya. Dan ulama'-ulama' berpendapat termasuk dalam golongan ini adalah suami yang lari dari isteri dan anak anak. Iaitu suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak anak

10. Isteri yang masam mukanya.
Yang termasuk dalam golongan ini adalah, isteri yang masam muka, cakap kasar, marah atau ingkar perintah suami. Ingatlah, isteri isteri yang ingkar perintah suami, Allah tidak terima solat mereka.

Kitab Muhimmah

Sekian.

Esok 12 Rabiul Awal besday aku dalam bulan islam

Esok 12 Rabiul Awal besday aku dalam bulan islam..jarang kan orang ingat besday dia ikut bulan islam..tp aku ingat sbb maulud nabi jd senang nak ingat....besday bini aku plak dalam bulan islam ialah 25 Dhul Qaidah

Sapa2 tak tau dia lahir bila dalam bulan islam leh g link [Link] ni untuk convert ye...esok cuti tapi aku ingat nak g keje lah..ganti cuti tu ke hari opis hour..aku malas g keje waktu opis hour sbb nk kena pakai smart..

Kenangan aku paling tak leh lupa masa maulidur rasul nie masa kt sekolah teknik dulu..pepagi subuh g masjid negeri pulau pinang dulu.pastu dengaq kuliah subuh sambil tidoq..then pastu bawak kompang dengan sepanduk berarak ramai2 sambil selawat dan berzanji..sekolah teknik aku islamic giler time tu..tengah hari plak buat pertandingan nasyid antara dorm..dorm aku bawak lah timba wat gendang..masa tu kami nyanyi lagu standard teman sejati lah hahaha....

Kawan yang baik adalah kawan yang sanggup bersusah payah isi minyak dari dalam kereta


Buat naya kucing

Cara bomba selamatkan orang bunuh diri

gambar hangat dalam tandas di negara kita

tandas malaysia 1 Apa yang ada di tandas di Malaysia?tandas malaysia 2 Apa yang ada di tandas di Malaysia?tandas malaysia 4 Apa yang ada di tandas di Malaysia?tandas malaysia 5 Apa yang ada di tandas di Malaysia?

banner pemuda umno


Side mirror terbaru kenari


Apa yang pelik dengan gambar ini?


Cara nak SOUND kerajaan







Kedudukan terkini liga super selepas 5 perlawanan

Kedudukan terkini liga super selepas 5 perlawanan. Liga akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada persiapan skuad Piala Asia dalam misi kelayakan Piala Asia 2013.

Pasukan Pahang kekal ditangga teratas diikuti oleh ATM dan Selangor di tangga ketiga. 

2 pasukan liga perdana musim lepas yang pernah mempamerkan corak permainan menghiburkan dalam aksi liga perdana 2012 kini menduduki tangga teratas liga. Admin tidak terkejut kerana admin sudah lama tahu 2 pasukan ini ada kualiti permainan yang tersendiri.


Traffic blog minggu nie..

Hoyeyyy..minggu nie traffic blog aku berjaya maintain unique visitor 1000 ke atas...selalunya tak stabil.kejap naik kejap turun..




Polis pun kena saman dengan AES

Apa yang bagus AES ni dia tak bersifat pilih kasih..semua dia saman..rasanya kalau kete raja lalu pun dia saman gak hehehe...


Speed trap terlaju di malaysia


Teman Lelaki Yuna Mendalami Agama Islam


Ura-ura yang mengatakan bahawa Yuna telah menemui pengganti kekasih lamanya, Qi Razali mungkin benar kerana Yuna tidak menafikan bahawa dia kini sedang berkawan dengan jurugambar Julian Schratter yang berasal dari California, Amerika Syarikat.

"Memang benar saya sedang berkawan dengan Julian. Hanya berkawan. Tapi sekiranya ada jodoh dengan dia, adalah", ujar Yuna.

Tambah Yuna, perbezaan agama dan budaya tidak menjadi penghalang untuk dia berkawan dengan jejaka berbangsa Inggeris itu kerana Yuna percaya setiap manusia adalah sama.

"Saya sekeluarga tidak suka bersikap 'judgmental'. Kita semua tak kira bangsa dan agama adalah sama. Lagipun, agama Islam ini mudah. Sesiapa saja boleh mendalami Islam", katanya.

Baru-baru ini, jurugambar tersebut telah memuat naik gambar buku-buku yang memberi inspirasi kepadanya di dalam akaun Instagram. Di atas buku-buku tersebut terdapat senaskah Al-Quran.

Keterangan gambar tersebut berbunyi "The bottom book has not been made yet. The rest are inspirations and influences. The top one I have not tapped into yet…but I'm sure the time will come". Secara ringkas, Yuna turut mengakui bahawa lelaki itu sedang mendalami agama Islam.




Biarpun ramai yang ingin tahu tentang kisah percintaannya, namun bai penyanyi ini dia ingin memberi sepenuh tumpuan pada kerjaya kerana percaya dia tidak mempunyai banyak masa untuk dipersiakan.

"Saya sudah berusia 27 tahun, jadi lebih baik saya beri tumpuan sepenuhnya pada kerjaya", tambah Yuna.

Yuna baru sahaja menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Verve Music Group di mana pemenang Grammy, David Foster merupakan pengerusi bagi syarikat rakaman tersebut.

Dalam pada itu, Yuna turut teruja kerana meminjamkan suaranya untuk lagu tema filem animasi terbaru terbitan DreamWorks Animation yang bertajuk 'The Croodz'. 

Sumber : http://www.syokdownload.com/2013/01/teman-lelaki-yuna-mendalami-agama-islam.html#ixzz2Igu6jULH

Suami ku sekarang kuat macam besi

Tak sesuai betul buat iklan mcm nie.isk2


Sembunyi jap


Pastikan anda berak dengan betul


Bilik sawa tingkap tiga


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk