The Wife Is Always Right


P.S habis la laki dia... final decision.. no objection please!!

TAKUT DILAPORKAN KEPADA POLIS, REMAJA BUAT MAKSIAT SANGGUP PUKUL IBU


KULIM – Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.

Sumber : http://www.mummynemo.com/2012/01/takut-dilaporkan-kepada-polis-remaja-buat-maksiat-sanggup-pukul-ibu/

P.S Cuba korang tgk hukuman dia "hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali " ringannya hehehe..mcm mana lah dorang nk takut.cuba kenakan hukum hudud 100 kali sebatan bagi yg belum berkahwin..mau ketat lutut dorang nk wat.hehehe

Yuna di Blue Carpet AJL26



Speechless tgk fesyen yuna hehehe

Bahana bergambar sambil melompat

Mengambil gambar sebagai kenangan ketika bersama pasangan memang sangat indah. Lagi lagi time honeymoon.. asyik nak bergambar je rasanya..Tapi jangan tersalah langkah camni..memang tak best sungguh rasanya









ciannya.. yg pakwe senyum lebar gilee

Call balik...aku tgh naik roller coaster nih...

Cari benda tersembunyi..

agaknya dia tak sedar kot.....dah ambil pic baru sedar.....sian tul..... klu dia sengih sikit...mesti cpt ley nmpk

cerita bergambar....versi kanak-kanak

 



 

Ajoi : Jimat tambang

Jimat tambang

Ajoi sedang melepak depan rumah sambil mengelap motor apabila melihat anak jirannya baru pulang dari sekolah tetapi berpeluh-peluh..

Ajoi: “Dik, naper berpeluh-peluh?”

Budak sekolah: “Saya jimat duit RM2″

Ajoi: “naper lak”

Budak sekolah : “saya balik tak naik bas, tapi saya berlari bersaing dengan bas jadi saya jimat RM2..”

Ajoi: “Ooo, tapi kenapa ko tak berlari berlumba dengan teksi..lagi ko jimat RM10″

EDISI SERAM : HANTU GAMBAR

Sebab Utama Pelajar Perubatan Berpacaran Sesama Sendiri

Awek jurusan lain



Awek jurusan sama


Sumber : http://www.ayamdanbabi.com

Perkara2 Yang Anda Pernah Lakukan Time Kecik2

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak  nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu pon macam tu jugak…
10. kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…
11. RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…
12. Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, dah tu kat tengah-tengah tu ada sharpener…
13. Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… Padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…
14. Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…
15. Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…
16. Ayam-ayam sekalian menjadi ramping pasal bulu pelepah gebu nan cantik dah jadi rotan berbulu…
17. Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.
18. Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kot… Pebarang pakai CD cepat rosak…
19. Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…
20. Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…
21. Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok iklan dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…
22. Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…
23. Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan macam-macam lagi...

(HOLLYWOOD)Liam Neeson Pertimbang Peluk Agama Islam

Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.


Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.
Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.
Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.
Tetapi bintang itu, yang isterinya, Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2009 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.
Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.
Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.

Sumber: http://beautifulnara.com/hollywoodliam-neeson-pertimbang-peluk-agama-islam/

Video tunang g tau.....

Actually 2 video yg aku nk tunjuk nie dah lama ada kt tenet tp aku baru tgk sbb tunang aku citer masa balik kampung hehehe..so agak ketinggalan zaman aku wat entry tentang video nie..apa pun layan je lah..hehe..

Ada lembu nak jaga



Video ni video parodi tapi agak kelakar lah hehehe...

Berita tv3 kena hack



Video ni pun agak menarik..budak ni hack tv3..tak tau lah betul ke tak..katanya geng anonymous..

Ayam Sunat



ayam potong kot..potong = sunat ..tak pun dia nk confirmkn org muslim sungguh2...
bkn takat sembelih je.. siap sunat lg...
pasni mesti ade jual ayam pakai kopiah lak...hehe

Cikgu sempoi


P.S bagus ar cikgu dia..asalnya budak nie dpt 28 je..pastu tambah 2 lagi bagi dpt full mark..anak emas cikgu nie hehehe..kalau aku wat camni lagi kurang markah adalah hehehe...

Kegunaan Tripod



P.S kreatip ayah2 skrg nie 

Tahniah kpd follower ke 2000 - Blog Aku Budak Biasa !!!

Tahniah sbb berjaya menjadi follower yg ke 2000..hadiahnya jeng jeng jeng.... dpt bercuti 3 hari dua malam di rumah kawan..hehe itupun kalau kawan bg tumpang hikhik..takde lah..hadiahnya aku tulis entry nie je..bg traffik sikit hehehe..ok lah tu kan hehehe...so sapa dia yg bertuah tu..jom kita skodeng dia cepat hehehehe....


Dia ni skang sekarang menuntut di Moscow Aviation Institute ,russia..fuyooo giler gempak tu...berasal dr slim river perak..patut r slim je tgk hehehe..itu je review dr aku..untuk keterangan lanjut sila lawati blog beliau..eh skema plak aku ni hehehe....werkkkk...

Pembonceng yang stylor....

Hehehe..sempoi r dorang nie

Satu motor 4 orang tu naik hehehe..eh silap 3 org 1 ekor lebih tepat..kalau aku jupe pun aku amik pic pastu masukkan dlm blog hehehe

Mana ada standard dating naik motor

Minah Rempit


P.S Bersangka baik.hehe.maybe yg bawak tu kakak dia pastu laki tu takda lesen plak hehehe..tapi memang kagum r pompuan bawak RXZ tu hehehe..pakai tudung plak tu..suspek lah hehehehe...

Humanity. Not everyone has it...


P.S baiknyaa budak dorang nie..siap pakai beg nk selamatkan anjing tu...

Datang haid tak boleh potong kuku?

Hoyeyyyyyy..Total Pageviews dah sejuta!!!

Apa lah total pageviews dh sejuta pun nk kecoh hehehe..akhirnya blog aku ni setelah diternak dan dibaja dengan kasih syg sekian lama capai jugak sejuta pageview..senyum sampai ke telinga ni bila tgk kt sebelah nie hehe...tq kpd semua yg membaca blog aku nie hehe.kpd yg komen jugak walaupun aku jrang reply tp aku baca semua...akhir sekali terima kasih byk2 kpd tunang tersayang yg byk menyokong..dh mcm ucapan menang award pelakon terbaik plak aku buat hehehe..k lah bye2.luv u all..cewahhh.hehehe....

Bahana Tonton VCD Lucah

Drebar ‘syok’ ragut 2 nyawa

REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK...keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

NGERI...keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.

Foto
MAUT...Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.
“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Baca lagi di paper harian metro harini : http://www.hmetro.com.my/articles/Drebar__8216_syok__8217_ragut2nyawa/Article

Komen yang tak boley blah...



Sejarah Hidup Bekas Pelakon Power Rangers



Jason Lee Scott – The Red Ranger

*Dulu: Lakonan pertama beliau adalah sebagai power ranger merah. Untuk pengetahuan mike sume, ketua power rangers ni adalah yang termuda dalam semua pelakon rangers ni dan yang paling berpengalaman dalam martial arts ni sebelum Abang Tommy (green ranger) masuk produksi.
*Sekarang: Bersara dari lakonan dan kini bekerja sebagai Ahli Bomba dan Teknisen Perubatan.


Kimberly Hart – The Pink Ranger
 *Dulu: Dia pon macam austin sebagai lakonan pertama dia. Sebelum berlakon dia seorang gimnas dan sebab tu dia banyak guna skill gimnastik dia dalam power rangers tu.
*Sekarang: Masih bergiat dalam lakonan.





Zack Taylor – The Black Ranger
*Dulu: Lakonan utama beliau yang pertama dan mempunyai latar belakang sebagai seorang penari dan belakon jadi pak pacak sebelom ni.
*Sekarang: Masih giat berlakon dan dia punye suara ada digunakan untuk cerita Open Season 2.


 

Trini Kwan – The Yellow Ranger
*Dulu: Minah ni lepas graduate dari sekolah dia terus join power rangers jadi trini. Dulu dia seorang pelarian dari Vietnam pada tahun 70an
*Sekarang: Dia dulu lepas Power Rangers dia ada gak belakon dalam Spy Hard dan The Crow: City Of Angels. Tapi sedih sebab yellow rangers ni meninggal dunia pada tahun 2001 sebab eksiden motokar.



Billy Cranston – The Blue Ranger 
*Dulu: Lepas kolej, David Yost ni berpindah ke California dan Power Rangers ni lakonan pertama beliau jugak. Dia ni pon ada background sama cam Amy iaitu gymnastik.
*Sekarang: Masih lagi berlakon




 

Tommy Oliver – The Green Ranger 
*Dulu: Masuk di pertengahan musim dengan memulakan diri dengan watak jahat setelah dihasut oleh Rita, dia mempunyai latar belakang karate dalam cerita ni. 
*Sekarang: Dia dah stop berlakon pada tahun 2009 dan buat keputusan kembali kepada karate. Berita terkini dia adalah join MMA Fighter
.



Sumber asal : http://gilerkentang.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk