Review Filem: Apam apam cinta


Tadi tengok poster ni kt blog pok cik rodi..rasa kelakar plak hehehe..filem karipap karipap cinta dh kuaq kt tenet..dh boleh donload hehehe..

Sumber pic:http://pakrodi.blogspot.com/2011/08/filem-apam-apam-cinta.html

Dialog Salesman dan Pelajar

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”
...
“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

Makan Milo

Masa aku taip entry ni aku tengah keje shift malam..aku tersangat lah mengantuk..disebabkan tak nak tidoq so aku taip entry poyo nie..aku boring sbb takde keje so aku g jenjalan kat pantry..ada org jual milo 3 in 1..aku amik lah satu..tapi aku tak bancuh pun..aku makan macam tu je hehe..macam zaman budak2 milo aku dulu..makan milo mcm tu je..dulu mak aku tak bagi aku makan milo mentah sbb mak aku ckp nanti berak berdarah..aku pun tak tau betul ke tidak..hehe..tapi sedapppppp kan..buh dalam cawan ke pastu makan guna camca (Bahsa utaqa utk spoon hehe)...hehehe..eh nape aku rasa macam aku muda nie hehe..

 Pic from google..sedapnyaaa minum milo tarbus camni huhuhu..

P.S Please dont try this at home.at opis ok! :-p.hehe

Dialog Cucu dan Nenek

Cucu : Nenek!! nenek..!! Datuk meninggal !!
Nenek :Bila cu??
Cucu :Baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek
kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat
nek !!
Nenek : Kejap cu, nenek pinjam HP kamu dulu cu..
Cucu : Nak tpon siapa siapa nek ??
Nenek : Bukan! nenek nk buka facebook dulu..nenek nk ubah status
dari BERKAHWIN menjadi JANDA

Wordless Wednesday:Angry Bird In Real Life



http://hermawayne.blogspot.com


http://hermawayne.blogspot.com

http://hermawayne.blogspot.com

http://hermawayne.blogspot.com

http://hermawayne.blogspot.com

http://hermawayne.blogspot.com

http://hermawayne.blogspot.com

http://hermawayne.blogspot.com

Dialog Murid dan Cikgu

Cikgu: Murid2 sapa yg nak masuk syurga?
Murid: Saya cikgu! (satu kelas ckp kecuali Ali)
Cikgu: Sapa nak masuk neraka?
Murid: Taknak cikgu (satu kelas ckp kecuali Ali juga)
Cikgu: Ali, kenapa kamu tak jawab?...kamu nak masuk syurga ke neraka?
... Ali: Dua-dua taknak cikgu
Cikgu: Kenapa plak mcm tu Ali?
Ali: sebab ayah saya suruh masuk TENTERA.

Minah rempit

Arghh pepagi sabtu ni mengantuk plak..maklum lah semalam baru kuar merempit hehe..tipu je..semalam pas abis keje aku balik umah naik motor sebab jalan jammed giler..bese lah kan KL nie..kalau semua duk bawak kete sape nk bawak motor kan..pastu kete bawak sorang satu plak tu..tension2..jem2..entry kali ni nk citer pasal minah rempit..wahhh..hehe...

Cuti aritu aku g lah mkn kt kedai kt umah aku nie.kt cheras (memang nama sebenar hee).aku ngn housemate aku panggil kedai tu kedai indon..owner dia memang org melayu cuma tukang yg bancuh ayaq tu gadis indon.so kami panggil kedai indon je...kami g naik kete sbb hari panas terik..nanti bertambah gelap aku yg sedia dh gelap nie kalau naik motor...kami duk sebelah meja pompuan.ada 3 org..semua aweks hee..tgk mcm budak2 remaja lg....perghh rock betul tgk dorang ni..siap merokok plak tu.pelik tul tgk pompuan merokok..tgk dorang bawak motor so kami rasa maybe dorang minah rempit kot hehe..bese lah kan org melayu nie..skeptical..sapa bawak motor ja dikira rempit hehe..

So tgh duk makan tu dengaq juga dorang sembang..dah lah sembang kuat..gelak pun kuat.sopan betul dorang ni..tetiba dengaq salah sorang ckp "best giler main semalam"..ah sudah kami duk pikir dorang ni amal gaya seks bebas plak dah..kami dah tercengang dan tergamam..pastu dengaq dorang ckp lg "hampeh betul..semalam dpt sekali je strike" lah main bowling ke..kami duk pk bukan2 dah td hehehe...

Kesimpulannya jgn pikir yg bukan2 ye hehe..peace..

Lelaki Vs Wanita (gurau-gurau aje)


Lelaki Vs Wanita

  • Lelaki akan membayar RM20 bagi barang berharga RM10 yang diperlukannya.
  • Wanita pula akan bayar RM10 bagi barang berharga RM20 yang tidak diperlukannya.
  • Wanita bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat suami.
  • Lelaki tidak pernah bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat isteri.
  • Lelaki yang berjaya adalah yang berupaya membuat duit lebih daripada yang mampu dihabiskan oleh isterinya.
  • Wanita yang berjaya adalah yang berjaya menemui lelaki di atas.
  • Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama berbanding lelaki bujang.
  • tetapi lelaki yang sudah berkahwin biasanya mempunyai keinginan yang lebih tinggi untuk mati cepat.
  • Seorang wanita mengahwini lelaki dengan harapan lelaki itu akan berubah, tetapi selalunya tidak.
  • Seorang lelaki mengahwini seorang wanita dengan harapan wanita itu tidak akan berubah, tetapi dia confirm berubah.
  • Seorang wanita memberikan kata putus dalam setiap pertengkaran.
  • Apa sahaja yang disebut lelaki selepas itu walaupun sepatah, bermakna akan mencetuskan satu lagi pertengkaran!

Kalo Korang Tension Apa Yang Korang Buat?

Aku tulis entry ni untuk kawan aku..nama dia pocoyo (bukan nama sebenar k hehe).dia ckp dia tension sgt bnyk keje kt opis..normal lah tension..semua org tension. Jgn kata manusia kucing pun tension gak kalau dia lapaq lah.hee.ada org tension sbb stdy..ada org tension sbb tak kawin2 lg..ada org tension sbb perut makin boroi..mcm aku plak aku makin tension sbb paha aku makin besaq hehe..aku mkn bnyk tp badan aku tak besaq cuma paha je hehe.huhu kena jogging ni

Apa korang buat kalo stress?So here what can u do when stress..ckp omputih sikit hehe

1. Menjerit
Ini mesti korang slalu nmpk dlm tv kan
g bukit ke tmpt tinggi ke then jerit mcm org gila hehe
paling senang dlm tandas haha....
Korang g zoo pastu jerit kt sana hehe

2. Nyanyi puas2 atau dgr music
x kira r bilik air ke.bilik tidur ke.kt karaoke ke.
abaikan roomate korang atau jiran korang janji korang hepy..dorang plak tension hehe
Kan aku ckp kucing pun tension gak kihkih

3. Makan!!!
Ada org kata bila stress dia mkn bnyk dpt release tension
aku tak leh mkn bnyk sbb nanti aku makin tension hehe
nanti berat badan naik makin tension..mkn sayur bnyk2 takpa

4. Lepaskan amarahmu itu!!
Yg ni bahaya skit..bile tension je rasa nak marah kan
bende simple pun leh marah
jaga lah hati org sekeliling
salah marah hilang kawan beb
apa kata korang p marah meja ke bangku ke..tiang ke..
tp make sure org takde
baby pun tak terlepas dr tension hehe

5. Tidur
Part ni paling best..ramai org kalau tension dorang akn tidoq
termasuk aku kot..
cuba korang tgk kucing bnyk tidoq gak kan hehehe

6. Shopping atau tgk wayang
kaedah ni hati2 sikit..sbb kalau terlebih shopping nanti korang makin tension
ye lah duit abis bnyk plak hehe..tgk wayang pun kena tgk citer yg best
baru leh hilang tension..aku syor citer mr bean hehe
Jgn terkezut kucing pun g shopping hehe

7. Exercise!!
Doktor sakit jiwa pun ckp kalau tension exercise
kenkadang exercise dpt kurangkan rasa tension tu
g lah main badminton ke..boling ke..futsal ke

8. Solat dan doa
Ini lah cara yang paling terbaik antara semuanya..
kenkadang kita tension sbb kita jauh dari tuhan
Dekat kan diri dengan tuhan insyallah tension akan hilang
Wat solat hajat mintak permudahkan

P.S Hope pas korang baca entry ni korang dh kurang tension lah ye hehe..ada bnyk g cara tapi aku malas dh nak menaip..tension beb hehe =_=

Realiti Alam Rumahtangga

Ada aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku kisah jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku kisah jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku kisah siapa yang mengambil berat tentang keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan ubat-ubatan ketika anak2ku demam dan meragam… Ada aku kisah siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku kisah dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku kisah betapa isteriku tak pernah jemu menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian dalam dan sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja… Ada aku kisah bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku cukup atau tidak ketika aku hendak kepergian.... Ada aku kisah betapa pedihnya hati isteriku bila aku memarahinya… memaki hamunnya dengan kata2 kesat setiap kali dia melakukan kesilapan kecil yang tak disengajakan… Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar... Ada aku kisah jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu untuk anak2ku… melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka demam… Ada aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku kisah bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu kepada anak-anakku… Ada aku kisah kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku kisah jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH… 

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari. Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku ketika aku mahu ke tempat kerja… Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? :(

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya… Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

Kalau jumpe kekasih 5 kali sehari ok tak?

Hmmm..sebelum korang buat spekulasi yang bukan2 terhadap entry aku ni…ape kate korang bace isi entry aku ni dulu. macam…kalo tak kenal maka tak cinta toi tak?ok…al kisahnyer cenggini…

Perempuan A: aku jumpe pakwe aku sebulan sekali..hebat tak?dia takleh la kalo tak jumpe aku rindu memanjng…naik rimas plak aku

Perempuan B: aku plak aku rase pakwe aku lagi sayang aku kowt…kalo boleh…setiap minggu nak jumpe aku tau..kalo jumpe tu of kos la..ader pegang2 sikit…biasela…rindu~~~~~

Perempuan C: hum…tak cukup hebat lagi…aku plak!!!hari2..jumpe tau!!

Perempuan D : perempuan D dah diam..dan hanyer tersenyum..kalo aku cakap masti korg tak cayer..aku jumpe pakwe aku 5 kali sehari tau..ni mmg wajib…mesti kowg tak leh lawan aku punyerlah.

Perempuan A,B,C dah terdiam….tapi still gelak2..otak kuning la tu huh….

Perempuan D:hmm…kalo tak cukup lagi…pagi pon aku jumpe..so dah jadi 6 kali sehari…kekasih aku ni..tak pegang aku..sebab dia nak jaga aku…kekasih aku ni.. ….aku jumpe time subuh,zuhur,asar,magrib ngan isyak..best tak???insyaAllah..kalo jumpe dia slalu mesti dia akan bg kekasih yang better untuk aku. Wallahualam

p/s:agak2 berapa ramai yang jumpe kekasih dia 5 kali sehari??kalo jumpe pakwe makwe….sampai tak cukup hari toi tak??muhasabaha diri yokkk…usia tak tunggu kiter
 

Misteri Batu Bergerak



LOS ANGELES – Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah bergerak di padang pasir Taman Negara Death Valley, lapor sebuah akhbar semalam.

Racetrack playa adalah tasik yang kering bermusim terletak dia bahagian utara ,Panamint Mountains di Death Valley National Park, California, U.S.A.  Playa berarti danau kering. Ketika periode hujan lebat, curahan air akan turun dari gunung terdekat masuk ke Playa dan membentuk sebuah danau dangkal yang berumur pendek. Saat cuaca berubah menjadi panas, kumpulan air dangkal tersebut menguap dan meninggalkan lapisan lumpur yang tipis dan lembut.

Ketika lumpur itu mengering, ia mulai mengerut dan memecah membentuk mosaik-mosaik yang indah. Dan di tempat inilah fenomena aneh tersebut terjadi.Tempat ni memang terkenal dengan misteri batu bergerak di permukaan tasik.Batu racetrack ni bergerak sekali dalam 2 atau 3 tahun.Kebanyakkan kesan batu bergerak ni tahan 3 hingga 4 tahun.permukaan tasik akan menjadi kering dan merekah pada musim kemarau.Menjadi lumpur ketika musim ujan dan basah.batu-batu dolomite yang terpecah dari tebing bergerak dengan sendirinya berjalan melintasi permukaan danau yang kering. Batu-batu itu meninggalkan jejak yang terlihat dengan jelas diatas permukaan tanah, satu-satunya bukti yang menunjukkan bahwa mereka benar-benar bergerak.

Fenomena ini sebenarnya telah diketahui lebih dari seratus tahun yang lalu oleh para penjelajah dan penambang emas. Namun penelitian yang lebih serius baru dilakukan pada tahun 1948. Sampai hari ini, fenomena ini masih belum dapat dijelaskan dengan memuaskan.

 

Adakah faktor manusia dan haiwan?

Ada berapa kemungkinan batu ini bergerak. Ada yang anggap batu ni bergerak sebab binatang sekeliling yang gerakkan?  Tapi….ape motif binatang tu gerakkan?  Lagi pun kesan tapak kaki binatang tak kelihatan di sekitarnya. Kalau nak kata semut atau serangga kecil tak mungkin sebab batu tu memang berat.kalau pasir bolehlah diangkut oleh semut.  Ada jugak yang anggap ni satu helah orang (manusia).tapi mustahil,  kesan rekahan atau lumpur mesti jelas.

Faktor angin?

Ada yang madah mungkin angin yang gerakkan, kemungkinan ni yang agak logic berbanding dengan yang lain.kat sana ada musin angin kuat,tapi masih tak ada bukti visual yang kukuh menyatakan angin yang gerakkan batu tu.Fakta dari wikipedia  memang sahkan angin yang gerakkan.Tapi, berdasarkan pada gambar yang ada ,kenapa ada sebiji saja batu yang bergerak?  Sekurang-kurangnya ada lebih kurang 10 biji batu yang saiz lebih kurang sama ada di situ .

Faktor ais?

Ada yang melaporkan pernah nampak tasik ni diliputi ais nipis.Jadi agaknya permukaan ais yang licin menjadi faktor batu itu bergerak, tapi dia bergerak atas ais?  Macam mana kesan tu boleh nampak?…..bukti ni dikatakan tak konsisten?



Batu-batu itu yang ada mencecah sehingga 108 kilogram mencetuskan kebingungan di kalangan penyelidik kerana ia bergerak walaupun suhu panas setinggi 50 darjah Celsius. Mereka mendapati, batu-batu di gurun yang terkenal di California itu dipercayai mampu ‘mengembara’ sejauh 320 meter setahun dan meninggalkan jejak laluan.

Saintis-saintis negara itu percaya, fenomena aneh tersebut disebabkan oleh keadaan cuaca spesifik yang datang bersama dengan tiupan angin kencang selaju 145 kilometer sejam. Ia dipercayai berlaku akibat pembentukan ais pada waktu malam dan lapisan nipis tanah liat basah di permukaan gurun itu yang membantu menolak batu berat tersebut ke satu arah tertentu.

Jurugambar Mike Byrne, 40, mengambil masa bertahun-tahun untuk merakamkan foto-foto misteri pergerakan batu berat itu yang disifatkan sebagai kejadian amat pelik.Dia berkata:

 “Beberapa batu itu mempunyai berat seperti seorang manusia.

“Adalah sesuatu yang amat ganjil untuk berimaginasi bahawa ia bergolek di gurun seperti ini.

“Batu itu bergolek di atas tanah dan saya tidak percaya terdapat seseorang yang melakukannya.”

Segalanya masih menjadi rahsia alam ciptaan Allah. Ada rahsia dan hikmah yang masih tersembunyi untuk manusia mengkajinya.

 

Hot Parking:2 Women 1 Parking Lot

Hehehe..eh nape aku gelak dulu..takde pape lah....pagi td dgr isu ni kt hot Fm..dorang bincangkan isu video tentang 2 org pompuan chinese bergaduh hanya kerana satu parking lot kt Tesco..bukan pasal perkauman cuma nk bincangkan tentang sikap org malaysia bila memandu mahupun parking kete..org malaysia ni sgt ajaib dan unik...nape aku ckp mcm tu..ye lah org malaysia bila naik kete dan memandu tetiba berubah sikap..menjadi kurang sabar..bawak kete laju2..suka hon2...asyik nk marah2 ja dlm kete.bagaikan kena rasuk hehehe..pas turun kete je jadi elok balik hahaha..pelik kan org malaysia...aku tak..aku bawak kete kaki kepit je sopan santun ja..guna sebelah kaki je pun..kete auto hikhik

Apa pun jom tgk video ni sebelum video ni di banned dari youtube..cepat2!!



Betul kan aku ckp org malaysia kurang sabaq..pastu lagi teruk org duk bergaduh kt comment video ni hehehe..not so funny lor..:-p

~Ketenangan Hati~




Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki hati

Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman

Bersama Dr Juanda Jaya

RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

# Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

# Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

# Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak

Sumber: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20070708235051/Article/

Safee curi tumpuan


SAFEE (kiri) terus menerus menjaringkan gol sepanjang sesi ujian bersama Cardiff City.


BAGAIKAN pahlawan di zaman silam, penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali jelas tidak pernah mengenal erti mengaku kalah.
'Takkan Safee hilang di dunia', kecederaan otot yang selama ini membelenggunya ternyata tidak menghalang penyerang prolifik itu daripada berterusan menjaringkan gol semasa latihan ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City setakat ini.
Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.
Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, buat masa ini Safee masih dipantau pengawai perubatan kelab tersebut bagi mengelak kecederaannya bertambah buruk meskipun Safee memberitahu tidak lagi merasa terjejas akibat kecederaan lamanya itu.
"Safee memberitahu dia tidak lagi merasa sakit semasa melakukan percubaan ataupun ketika menggelecek bola, dan ia sememangnya perkara positif apabila dia berjaya menjaringkan beberapa gol hari ini (semalam) dalam sesi latihan setelah kali pertama melakukannya sebaik menjalani sesi latihan Selasa lalu.
"Misi Safee untuk menyarung jersi Cardiff juga agak cerah apabila dilihat lebih kerap diuji berbanding penyerang lain, dan saya harap Safee dapat mengekalkan aksi konsistennya selepas ini," katanya kepada Kosmo!
Episod perjalanan Safee bagi menjadi pemain pertama negara bermula apabila mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya bagi mengharungi sesi ujian pemilihan bersama Cardiff selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September depan.
Selain Safee, turut dipanggil mengikuti ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim dan aksi kedua-dua pemain tersebut dikatakan mula menggamit perhatian setelah beraksi cemerlang dalam Kejohanan Prajelajah Asia baru-baru ini.
Malah, ketajaman Safee dalam melakukan aksi penyudah ketika beraksi di pentas antarabangsa ketika ini persis lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari satu masa dahulu juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh latihan keras yang dijalaninya sepanjang berada di Indonesia, dan Zakaria sendiri tidak menolak kemungkinan itu.
"Semasa beraksi bersama Pelita Jaya, Safee banyak beraksi dengan pemain-pemain antarabangsa yang lebih kompetitif, dan ia pastinya mempengaruhi corak permainannya agar menjadi lebih bahaya di depan gawang lawan.
"Malah, Safee juga berjaya menjaringkan tujuh gol meskipun hanya beraksi sebanyak 14 kali bersama Pelita Jaya sebelum ini, selain turut dianugerahkan pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali," katanya.

Tidak Gentleman Sorang Lelaki....

1. Perempuan kena angkat benda berat2 yg melebihi 15KG.
2. Pinjam duit pastu tak bayar2.
3. Hidup Harian dgn ditanggung oleh perempuan - termasuk duit rokok.
4. Memukul perempuan sehingga lebam2/berdarah/mencederakannye.
5. Menyiksa emosi & batinnye. (tidak nampak dgn mata kasar)
6. Lari dari tanggungjawab yg sepatutnya sbg anak lelaki kpd ibubapanye, suami kepada isterinya dan ayah kpd  anak2 nya.
7.Sambil mencangkung tunggu bas di Chow Kit
8.Mengcungkil gigi sambil mengeyit mata pada awek
9.Korek tahi idung sambil mencangkung
10.Korek tahi telinga sambil mencangkung pastu bau lps korek
11.Terkentut bau telur tanpa sedar
12.Siut2 awek dr jauh... bile dkt bisu mcm batu
13.Bila tolong girlfriend bawak handbag.......kalo ade baby xpe kot . Kalo lelaki tu ade baby ngan gf die .. mmg le lelaki tu tak gentle kalau mengamalkan sex luar nikah!!

P.S No 7 tu sambil 13 aku gurau je hihi..y so serius lor !! :-P

Kenape Perempuan Kalo Tangkap Gambar Kepale Dia Mesti Senget?

Kenape eh, dalam fb ke dalam myspace or frienster or mane2 la perempuan kalo tangkap gambar diri sendri mesti kepale dia diorang senget kan sket?kenkadang mulut dimuncungkn atau pipi dikembungkan mcm ikan buntal...selalu angle dari atas

Dorang ckp sbb......

1. Nak dapatkan angle/sudut terbaek...
ada yang senget ke kiri lebih molek rupanya di dalam gambar berbanding senget ke kanan (dan ada yang sebaliknya)..

2. Agar tampak bujur sirih rupanya... koh koh koh..

3. Ini pakar kecantikan la yang cakap...katanya...senget ke kanan atau kiri tanpa menampakkan wajah yang penuh, mampu menghasilkan gambar yang kelihatan lebih kurus di bahagian muka..hihihi.leh bg muka nmpak kurus erk erk...

4. Klu x disengetkn, nmpk cam amek gmbr passport je.....

5. Sesaje..sbb kalu lurus jek...cam skema lak..ehehehe..

6. Kepala saya tak senget, tapi angel camera tu yang senget... sleep.gif

7. Memang kepala saya senget

8. Sbb diorang tengah tangkap lentok hehe

9. Sebab learn from american next stop model to get the best post.... wakakakakak

P.S Entry ni hanya sekadar gurauan semata-mata..jgn marah ye pompuan sbb aku pun selalu amik pic senget pale siap wat peace amik dari atas lg hehehe....

 Cth pale senget tp still nmpak ayu hehe

Citer Nikah

Citer 1

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi...tapi bila pengantin tu jawab "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...bleh taik gajah jawapan dari dia.

Citer 2

Tok Kadi : Macam mana cara mandi hadas besar??
Lelaki : Stiap kali saya buang air besar saya mandi hadas besar la!!
Tok Kadi : (Pengsan jap tok kadi)

he..he..he

P.S Kisah2 di atas bukan kisah aku tapi kisah org lain yg aku baca..hehe..y so serious lor ;-p

Dialog: murid & cikgu

Seorg guru pendidikan moral sedang menguji murid2 nya mengenai beberapa istilah yg berkaitan dgn akhlak.

guru : "Boleh sesape jelaskan kpd cikgu perbezaan antara sifat berani dan sifat tak tau malu?
murid : "Sifat berani ialah makan di kantin kemudian lari tanpa bayar walau satu sen pon..."
guru : "Sifat tak tau malu pulak macamana?
murid : "Pergi makan di kantin yg sama terus menerus walaupun tidak pernah membayar!"

Kisah Ramadhan

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh
memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku
ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas
kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid
berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir
aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu
kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Dialog: Girl and Boy

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
... Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: tipu org...

Gambar-gambar RAYA aku tahun nie

Walaupun tahun ni aku beraya kt KL(Kandang Lembu) tapi aku nk post gak pic2 raya mcm blogger2 lain..jeles wooo tgk org lain post pic2 raya kt fb..siap wat satu album tajuk 'raya 2011' huhuhu...jom layan pic2 raya aku..lg best dr korang..Cing! =_=

amacam..?ok tak gamba jalanraya ni.? 





Aku bukan g hotel puduRAYA tau..aku lalu situ je beli KFC kt situ hehehe...sambil2 tgk bangla wat gathering kt kota RAYA hikhikhik

Cuba teka sape dia yg pakai helmet hitam pakai baju kotak2 tu.. ce teka ce teka..tu lah org yg lalu lalang kt situ kihkihkih...

Dialog: Wanita

Situasi 1

Suami : Syg nk mkn ape??
Isteri : Apa-apa je boleh......
Suami : Ok, nasik ayam boleh...
Isteri : Tapi syg tak rasa nk mkn nasik ayam lah....
Suami : Ok, mee goreng boleh.....
Isteri : Tak nak lah..bnyk kolestrol.....
Suami : Bihun sup....
Isteri : Yeeeee...biasenyee....
Suami : Abis syg nk mkn ape???
Isteri : Apa-apa je.......

Suami:Grrr......=_=

Situasi 2
 
Di shopping kompleks membeli belah,

Isteri: (Tengah pegang dua baju) yg mana cantik bang?
Suami: Yg biru nampak cantik
Isteri: Ye ke? Syg ingt yg hitam nampak classy sikit
Suami: abg setujuuuu, klau camtu beli yg hitam
Isteri: Tapi yg biru nmpak cantik jugak kan...
Suami: betul3...cantik...
Isteri: Yg mana cantik ?

Walau apa yg suami cakap si isteri tetap akan pilih apa yg dia dah pilih sebelum dia bertanya...tak mustahil dorang akan letak kedua2 baju tu balik (selepas try pakai) pastu ckp tak minat dah

Hehehe..last2 kita tak tau jugak apa yang dorang nak..misteri kan pompuan ni :-p

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun




TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.
Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.
Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.



Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.
Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.
Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.
Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.
Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi

4 pelajar bakal saingi Zuckerberg


dari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.
Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.
Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.
Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.
Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.
Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.
"Saya kalah pertaruhan itu," katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.
"Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut," tambahnya lagi.
Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.
Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.
Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.
Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. - Agensi

Mengapa remaja melakukan maksiat dalam tandas awam

Cikgu amar sedang mengajar bahasa melayu dalam kelas tingkatan 5 raya,beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing2 tentang tajuk " mengapa remaja melakukan maksiat dalam tandas awam"

hanim : pada pendapat saya remaja yg sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yg tidak berkemampuan menyewa hotel.

Azwan: saya tidak bersetuju,kerana ada dikalangan mereka yg berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Alin: mengikut firasat tok guru saya... mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel @ tempat yg lebih sesuai & yg plg penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Bob : saya tidak setuju cikgu,bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Alin : kenapa pulak? bukankah mereka yg sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama @ tidak tahu menghayatinya.

Cikgu amar : (bertanya kepada bob) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat alin td?

Bob : sebenarnya mereka sangat arif tentang agama.sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas & jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yg mereka lakukan.

Cikgu amar: (dalam hati) rosak murid aku sorang nie!!!

Fantasi Sorang Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan, pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya. Merasa kehairanan, Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata... " Sebenarnya, saya selalu berfantasi .. maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse"

"Oh begitu!! tak der masalah encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik, tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata. "iya... iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi, Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit, kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata "Maafkan saya cik, saya merasa bersalah .. sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata "Sudahlah encik, tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse .. saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam.

Hak hak hak....

Review Wayang:Hantu Bonceng


Disebabkan aku takde idea nk update blog so aku nk tulis pasal citer hantu bonceng yg aku tgk sabtu lepas..aku tengok kt the mines..penuh sampai seat yg depan skali pun ada org beli...nasib baik aku book online dpt seat yg cantik punya hehe..bijak tak aku hehehe...

Citer dia dari awal sampai abis memang klakar giler..jalan citer pun agak ok..pendek kata tak rugi tengok..lawak sesangat..antara filem kelakar yg terbaik pernah aku tengok mcm hantu kak limah balik rumah dulu....aku rasa filem ni astro akan beli jadi kan filem astro first...dari sepuluh aku bagi 9 bintang.

So sesapa yg tak tengok lg leh tunggu kuaq kt astro first atau tunggu kuaq dvd nanti..leh download free je hehe...

Harga rumah sudah terlalu mahal?


TUMPUAN...antara rumah yang bernilai lebih RM270,000  di Shah Alam.
TUMPUAN...antara rumah yang bernilai lebih RM270,000 di Shah Alam. 

Td aku terbaca berita harian metro tentang keluhan penduduk shah alam tak mampu beli rumah. Bagi yang student lagi maybe tak perlu pikir lg bab rumah. Tapi bagi org yg dah tua dan bakal berkahwin macam aku nie maybe isu ni agak penting hehe...

Aku baru terbaca posting en wakif berkenaan property bubble dan bagaimana ianya terjadi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh baca di blog en wakif. Cuma di sini aku tertarik nak share bagaimana kita nak tentukan sama ada harga rumah ni malaysia mahal atau tidak.  

Dalam blog en wakif tu, ada perenggan yang sebut macam mana nak kira sama ada harga rumah ni mahal atau tidak, relatif dengan pendapatan purata rakyat malaysia :

4. So, berapa harga property yang masuk akal? Menurut K&J Managing Director, harga sesebuah property itu boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Average household income x 12 x 4

Sebagai contoh : RM7K (average household income di Malaysia sekarang) x 12 x 4 = RM336K.
Dalam erti kata lain jika seseorang itu bergaji sebanyak RM7K, harga property yang munasabah untuknya adalah RM336K.
Sumber : realtymalaysia
 
Perghh average household income rakyat malaysia RM7k? Tinggi gak tu kan...aku pun tak kenal ramai yang ada pendapatan tinggi macam tu unless kalau combine income la (Gaji suami dan gaji isteri). Kalau setakat exec level yang baru start keje, gaji baru dalam sekitar rm2.5k sahaja. Tapi bayangkan, dengan average household income sebanyak RM 7k pn, harga rumah yang berpatutan cuma RM 336k sahaja. Cuba carik rumah teres dua tingkat kat KL ni yang harga below RM400k susah kan...


Golongan sederhana pun susah nak beli apakan pulak golongan bawahan lagi bermimpi di siang hari lah hehe..sapa yang mampu beli?golongan kaya bertambah kaya..kalau compare ngn negara Jepun atau US..walaupun harga rumah dorang naik tapi gaji dorang pun naik gak.jadi dpt mengimbangi krisis kenaikan harga rumah tu...

Apartment, condominnium dan pangsapuri je yg lebih murah sikit dari rumah teres..tapi ramai org nk rumah teres dulu kan kalau boleh...

Mati dipeluk teman wanita


RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.


SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Sedehnya baru je memeluk agama islam tapi bunuh diri plak..huhu...kenapa ditiru romeo dan juliet??Pada pendapat korang kalau keluarga kedua2 belah menghalang tapi kedua2 pasangan ni sgt mencintai..macam mana nak buat??adakah putuskan hubungan dan ikut kehendak keluarga kawin dgn pilihan keluarga...atau cuba dulu memujuk dan menjelaskan kpd keluarga elok2..

♥~♥ 10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG ♥~♥

♥~♥ 10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG ♥~♥
10 : rasa malu bila bercakap dgn dia
9 : anda prasan anda trsenyum bila brcakap dngannya
8 : kalau terlihat dia, x nmpk orang laen
6 : sentiasa teringat dia
... ...5 : happy bila bercakap dengannya
4 : akn cuba sedaya upaya utk berhubung dengannya
3 : apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia
2 : sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan num tujuh x ada dalam senarai
1 : anda tersenyum lepas check memang x ada.. :P

~hehe.. :D

Orang Gila

Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Dialog: Awang dan Cikgu

Awang talipon cikgu dia, nak bertanyakan sesuatu..
Awang: Helo cikgu,esok pukul berapa perpustakaan bukak??
Cikgu: pukul 9 pagi..
Awang: cikgu boleh awal sikit tak??dalam pukul 7 pagi..
Cikgu: rajinnya kamu…tpi kenapa nak bukak awal??
...
Awang: saya kena kunci dalam perpustakaan……..

Dialog Kawan: Aiman tak kisah

Aiman : Azlee, kalau kau nampak RM10 kat meja dan RM5 kat lantai, yang mana kau akan ambil?
Azlee : Mestilah RM10 , Banyak tuu !
Aiman : Azlee,kenapa kau bengap sgt? Kenapa tak amik je dua-dua?
Azlee : >_< ?

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Ustaz Zaharuddin

zaharuddinfeb2010.jpg
Profile
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
(updated on 25 February 2009)
In Bahasa Malaysia
Pengalaman
  • Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
  • Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti & Masyarakat Madani
  • Kolumnis, RHB ISLAMIC Speaks, NST Business Times
  • Pengurus Kanan, Shariah Compliance Department, RHB ISLAMIC Bank Berhad
  • Setiausaha Majlis Penasihat Shariah, Asian Finance Bank Bhd ( Anak Syarikat Qatar Islamic Bank)
  • Penasihat Shariah Luaran, RHB Islamic Bank Berhad
  • Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
  • Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
  • Pensyarah Sambilan, (mengajar subjek Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh)  European Institute of Human Science, Wales, UK
Sekarang
  • Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
  • Kolumnis Ruangan An- Nur, Akhbar METRO AHAD
  • Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
  • Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • Ahli Majlis Penasihat Shariah, C & S Consulting & Investment Ltd, Trinidad ( Bersama Prof. Dr Monzer Kahf)
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Standard Chartered saadiq Malaysia Berhad
  • Penasihat Shariah, Siraj Capital Ltd, Jeddah 
  • Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
  • Konsultan Shariah & Perbankan Islam, Furqan Islamic Finance Group, Dubai
  • Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
  • Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
  • Associate Lecturer, The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom
Kelulusan
  • B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
  • M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
  • PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
  • Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6(138)
  • Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  • Ijazah Ilmiah dari Syeikh Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradawi
Buku ( Books published / to be )
  • Wang, Anda dan Islam terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2007) - 7,000 copies in 12 months
  • Money You and Islam, terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2008)
  • Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (March 2008) - Best Seller 14,000 copies in 9 months
  • Untukmu Wanita, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (Ogos 2009)
  • Untukmu Umat, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd (Julai 2009)
  • Riba dan Isu Semasa Kewangan, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Feb 2010)
  • Kontrak and Produk Perbankan Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Oktober 2009)
  • Islamic banking Products and issues, terbitan Cert Publication Sdn Bhd 
  • Maqasid As-Shariah Fi Ahkam al-Buyu' (in arabic), terbitan IIUM Press (April 2009)
  • How to Perfect Your Solat?, terbitan ... (Nov 2009)
  • Murabahah : Teori, Isu dan Aplikasi, terbitan True Wealth Sdn Bhd (June 2009)
  • Murabahah : Theory, Application and Issues, terbitan
     
    ptptnpic.jpg
     
    Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
    Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
    Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
    Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
    Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
    UJRAH
    Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam  dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
    Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
    Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
    YANG BERBEZA
    Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
    Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
    Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
    Upah     = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
                = RM 2,100
    Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
    Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
     
    APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
    Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
    Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
    Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
    Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
    Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
    Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
    Ujrah              =                 Actual Administrative Expenses During   The Year                   x          100
                                               Average Asset During The Year
    Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
    Average asset    =          A1        +          A2
                                                    2
    Nota Keterangan
    A 1 : Total asset at beginning of the period
    A 2 : Total Asset at the end of the period
    Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
    KESIMPULAN
    Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
     
    Sekian
    Zaharuddin Abd Rahman
    16 Sha'ban 1430 H
    08 Ogos 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk