Dialog Girlfren & boyfren 2

Boyfriend:"Sayang, u kentut ya?"


Girlfriend:"ha ah I kentut, sorry yer...."

Boyfriend:"Bau dia macam perfume Paris!

Girlfriend:"Kenapa...Wangi yer....??

Boyfriend:"Bukan.. Tahan lama!kihkih

Isu Penetapan Tarikh Hari Raya..

Aku rasa ramai yang tak sedar tentang isu nie...mungkin korang pernah dengar dulu tentang arab saudi pernah raya sehari awal atau lewat sehari dari malaysia..tapi kes ni sangat jarang jarang berlaku.semua dengan kuasa tuhan..tapi tahun ni kita raya sama ngn arab saudi sbb arab saudi umum nampak anak bulan...

Persoalannya disini sapa yang salah bila terdapat perbezaan tarikh raya..malaysia atau arab saudi yang salah..jawapannya mesti lah malaysia yang salah...hehe..ini lah hakikat yang sangat pahit untuk diterima tapi memang kita yang salah...adat di malaysia sejak dulu kala lagi lebih kurang 30 balai cerap akan tengok anak bulan tapi pernah kah di umumkan di balai cerap mana anak bulan kelihatan??

Berdasarkan hadis Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Berpuasalah kamu setelah melihat anak bulan Ramadhan dan berhari-rayalah kamu setelah melihat anak bulan Syawal, kalau ia terlindung dari penglihatan kamu maka sempurnakanlah bilangan bulan tiga puluh hari."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



Sumber:http://www.moonsighting.com/1432shw.html

OFFICIAL 1st Day of Shawwal in Different Countries


August 30, 2011 (Tuesday):

China (Local sighting that we believe erroneous)

Denmark (Follow Saudi)

France (Official Announcement)

Jordan (Follow Saudi)

Kazakhstan (Follow Saudi)

Kuwait (Follow Saudi)

Kyrgyzstan (Follow Saudi)

Lebanon (Follow Saudi)

Libya (Calculations)

Luxembourg (Follow Saudi)

Malaysia (Calculations)

Netherlands (Follow Saudi)

Palestine (Follow Saudi)

Philippines (Follow Saudi)

Qatar (Follow Saudi)

Saudi Arabia (sighting - Official Announcement)

Sudan (Follow Saudi)

Sweden (Follow Saudi)

Syria (Follow Saudi)

UAE (Follow Saudi)

Tadjikistan (Follow Saudi)

Taiwan (Follow Saudi)

Turkey (Follow Saudi)

Turkmenistan (Follow Saudi)

USA (Calculations) [FCNA, ISNA]

Uzbekistan (Follow Saudi)

Yemen (Follow Saudi) Bangladesh (Local Sighting)

Bosnia (Official Announcement)

Canada (Followed FCNA, ISNA, or Saudi Arabia)

France (Official Announcement)

Hungary (Official Announcement)

Indonesia (sighting - Official Announcement)

Jordan (Follow Saudi)

Kazakhstan (Follow Saudi)

Kuwait (Follow Saudi)

Kyrgyzstan (Follow Saudi)

Lebanon (Follow Saudi)

Libya (Calculations)

Luxembourg (Follow Saudi)

Malaysia (Calculations)

Netherlands (Follow Saudi)

Nigeria (Local Sighting)

Norway (Calculations)

Palestine (Follow Saudi)

Philippines (Sighting in Sauidi)

Qatar (Follow Saudi)

Saudi Arabia (sighting - Official Announcement)

Spain (Official Announcement)

Sudan (Follow Saudi)

Sweden (Follow Saudi)

Syria (Follow Saudi)

UAE (Follow Saudi)

Tadjikistan (Follow Saudi)

Taiwan (Follow Saudi)

Turkmenistan (Follow Saudi)

UK (Calculations) [Coordination Committee of Major Islamic Centres and Mosques of London]

Uzbekistan (Follow Saudi)

Yemen (Follow Saudi)

Cuba korang lihat apa yang aku tandakan merah tu..berapa banyak negara yg guna kaedah calculation..sedangkan hadith terang-terang dah sebut raya mesti nampak anak bulan....walaupun negara kita tak nampak anak bulan kita leh ikut negara yang nampak anak bulan..cuba tengok negara lain follow saudi arabia...nasib baik tahun ni kita raya sama ngn arab saudi...kalau tak berdosa kita kalau kurang posa sehari ataupun posa pada satu syawal...renung-renungkan..
 
 

Sepatutnya malaysia memecahkan adat turun temurun ni dengan follow arab saudi dan dengan melihat anak bulan..bukan dengan calculation.umat islam kena bersatu..tarikh raya kena sama...tapi apa pun esok kita raya sama ngn arab saudi..hoyeyyyyy..hehehe...

Kalau nak terang pasal ni memang detail dan bagi org lain maybe isu yg kecil kot.lagi satu maybe sbb jarang2 berlaku kita raya tak sama ngn arab saudi sbb tu isu ni ramai org tak tau...

P.S Selamat hari raya.

Sumber rujukan:
1)http://www.moonsighting.com/1432shw.html
2)http://www.arrayah.info/2011/08/jika-30-ogos-2011-raya-di-manakah.html

Dialog anak dan mak 2

Suatu hari, seorang kanak-kanak berumur 6 tahun terkejut melihat ada beberapa uban di celah rambut maknya. Dalam kehairanan kanak-kanak tadi bertanya..


Anak: Mak, kenapa ada uban atas kepala mak?

Mak: Memanglah camtu..setiap kali anak-anak melukakan hati ibunya, sehelai rambut mak akan jadi putih. Kalau sehelai rambut mak putih, maknanya kamu banyak melawan cakap mak.

Anak: Kalau macam tu, mak lagi lah banyak melawan cakap nenek..

Mak: tau xpe! Mmg betol la ko ni suke melawan ckp mak!! Grrrr...

koleksi sms raya dan cara untuk menghantar

Cara nak hantaq sms ni sama ada korang taip balik secara manual ke dlm hp korang atau guna aplikasi sms free kt internet.tp cara yang paling berkesan aku rasa guna yahoo mesengger.slalu aku guna ym je...korang log in dulu ym..pastu g action..click send sms.tp ym korang mesti yg latest version punya lah bukan yg old school punya..guna yg version 9 pun dh boleh...hehe..pepandai korang lah

Lagi satu kaedah korang log in internet guna berukband kt hp atau ipad ataupun galaxy tab korang pastu korang copy r kt situ..tp hp korang kena r yg canggih mcm aku hehehe... 

Pantun Raya

Anak Pak Mamat di cucuk duri,
di cucuk oleh anak Pak Jali,
puasa penuh Raya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali

SMOKED SALMON PEMBUKA SELERA
SALAM DITERIMA SELAMAT HARI RAYA
PECUCI MULUT KUIH APAM
BERSAMA KITA BEMAAFAN
Deepa oli paravathum!
Inbam yendrum pongathum!
Selvam yendrum peregathum!
Amaithi yendrum nilaikathum!
AIDIL FITRI SiRÄKÄTHÜM; AIDIL FITRI NAL VALTEKAL…
Buaya bukan sebarang buaya,
buaya di bela dlm paya,
salam ceria di hari raya,
SMS murah dari kad raya….
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Bangkok atau di msia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya
Membeli belah di pasaraya,
sambil mengorat anak Pak Ali,
kalau posa Selamat Hari Raya,
tak posa sambutlah Deepavali…
Bangkok dah pagi raya
Malaysia baru Deepavali
Tuan hamba mudik chao praya
Jangan lupa kembali
Lesung besi,
lesung batu,
engkau takde nanti,
nasi ayam orang sapu
Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.
Pergi bersiram ditasik cini,
sudah bersiram beredar diri,
kalau setakat pengganti diri,
sebarang pantun pun boleh beri..
Ada orang bersiram di tasik cini
Hamba di Pantai Cinta Berahi
Ini pantun bukan sebarang pantun
Ini pantun buat sendiri!
main bunga api di pAntai cinta berahi,
bila nak main gunakan mancis,
bukan cik tidak sudi
tapi tak syiok mcm bhs perancis
main mercun pakai mancis
mancis jenis cap tiga buncis
Cik Adik nak cakap bahasa peranchis
atau saja nak pancing french kiss? :p
Hello diucap bila bertemu,
bila dah temu bemasam muka,
takkan lah pula cik nak bercumbu,
tuankan sudah ada yg punya… ish…
Memanglah kita bermasam muka
Bila makan terlalu banyak cuka
Ya memang hamba ada yang punya
Tapi cik adik apa kurang nya!
Kalau dulu selalu bertemu,
sekarang pula macam dah jemu,
sudah lah kalau begitu,
cik malu berpantun denganmu
Cik adik merajuk memang nampak buruk
Berkelakuan macam lah beruk
Janganlah tuduh hamba jemu
Kalau berjumpa pun cik adik tak mahu
Ampun dan maaf apa yg terkhilaf:
Mohon halalkan apa yg termakan.
Semoga dlm menjalani sirah :
kita kembali kpd FITRAH.
Raya dinanti-nanti,
anak bulan dicari-cari,
nak tunggu ape lagi,
dah sampai masa kite nak ber-happy-happy
Membeli – belah di pasar raya,
sambil mengorat Anak Pak Ali.
kalau puasa, Selamat Hari Raya
kalau tak puasa selamat Hari Depavali
Roti sebuku petai sepapan,
Daun ketupat daun palas,
SMS pengganti kad ucapan,
Tanda ingatan tulus ikhlas.
Ada kalanya mata salah melihat,
mulut terlanjur bicara,
hati berprasangka,
janji terabai, Maaf zahir dipinta..
Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Salam Aidilfitri,
Eid Mubarakh,
Ku Susun Jari,
Meminta Maaf.
Burung punai mati d tembak.
ikan bakulan bermain ombak.
memang brunei teropong rusak
melihat anak bulan inda pandai nampak
Pä$äNg PèLITa DiAidiLfiTri…
NäMpäK HäLäMäN BèSéRi-Sèri…,
sMs diBéri PèNgäNti DiRi,
SèGäLä SiLäp MòHoN dMääFi…



SMS Raya Mengikut Negeri


Kelantan
Make Ikke Cicoh Budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik Rayo Taksir Laju
Nanti Rayo Dale Sepita

Terengganu
Makang ubi Jamang Jepong
Makang Kepok Cicah Cuke
Bulang Pose Mung Bengong
Bulang raye Mung Suke

Pahang
Sepadan Pahang Ada Kasino
Nasi Dagang Ikan Patin
Jange Mu Masam Muko
Raya Makan Rendang Sardin
Johor
Cegitu Cengini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuka rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak Ulau Patok
Kalu Balik Naik Kereta
Jangan Pandu Kalau Ngantok

N. Sembilan
Masak Lomak Cili Api
Campo Dongan Daun Turi
Hari Rayo Kolumpo Sopi
Tinggal Penyamun dongan Pencuri

Selangor/KL
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya lu jangan buat tak tau
Angpau ada bagi wa dulu

Perak
Gulai Tempoyak Ikan Mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu Hemat Ingat Kampong
Asal teman selamat sampei

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq2
Kena paksa bagi Angpau

Penang
Nasi Kandaq Kedai mamak
Anak mami jual pasemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanje
Jangan sampai menambah utang


Tak Kuasa hati BerGetar..
MendaPati Diri DiamBang KemenanGan..
TerUntai Seutas SenYuM DalaM jiwa..
MenYamBut dataNgnya Hari nan Fitri..
DenGan SegaLa KereNdahaN hati..
Izinkan ku Mohonkan Maaf..
ATas SegaLa KhiLaf yg TerjadI..
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Bakar LEMang sambil bdiri,
UNtuk juadah AIDIL FItri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje pnggganti diri.
Maaf Dzahir dan Batin,
Maaf Dpinta jika ada keterlanjuran kata BICARA

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Citer raya

Skang semua org duk citer pasal raya, aku pun nk citer gak hee. org duk sibuk pasal duit raya, kuih raya, baju raya dan tak lupa juga jalan raya.hee Raya tahun lepas aku tak beli baju raya pun...g solat raya pastu g kubuq..duk umah makan ketupat pulut ngn rendang kerang sepuas2nya..duk umah je tengok tv citer raya pastu tido..bangun solat pastu makan tido balik..family2 aku semua pelik ngn cara aku sambut raya..aku sendiri pun rasa pelik..hehe..

Masa puasa berat turun sikit pastu bila raya org makan tak ingat dunia berat naik balik hehe...selalunya masa raya jalan tak bape jem tapi yang jem tandas sbb org sakit pewut makan byk hehe...tak kisah lah nk raya mcm mana pun janji solat tak tinggal, aurat jaga, adab bersalaman jaga...pesan kt diri aku sendiri gak walaupun aku raya kt opis..hehe..

Tingat masa raya waktu aku kecik2 dulu..g beraya sakan sampai tak ingt dunia.nek basikal pusing abis satu kg..dah lah g umah org ckp tak mau mkn..nk duit je..budak2 dulu memang mata duitan mcm aku hehe...mak aku pesan kt aku dulu g umah org makan walaupun sikit..amik hati tuan umah..kalau g umah yg bg sikit siap g tau kt geng boikot umah tu hehe..kalau g umah yg bg singgit kita org serbu hehe...

Adik saya berkahwin dengan lelaki!!!

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Peguam : !@#$%^&*($#@!@#$%^ ( Jatuh Pengsan )




P.S "keluarga sy semua kahwin dengan orang dekat-dekat, pak cik sy kahwin dengan makcik saya, paklong sy kahwin dengan maklong sy, sy kahwin dengan isteri sy lah..." .. hahaha.. kalau tak lawak wat2 lawak k..hikhik

Dialog Cinta Sejati

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .

Jejaka : sy taw T_T I love you .


Gadis : I love you too .


(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)......


Gadis : mane suami sy ayah ?

Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ?:-(


Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis )


Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas

A guy asked to a muslim guy

:: A guy asked to a muslim guy ::

"Why do your females cover up their BODY and HAIR?"


The muslim guy smiled and took out 2 sweets,he opened one and kept the other one wrapped. He threw them both on the dusty floor.


He asked again : "If I ask u to take one of these sweets,which one will u choose?"


He answer "The covered and wrapped one"


The muslim guy said "That is how we see and respect our women"

Dialog: Girlfren & Boyfren

gf: abg sygkn bby x ?

bf: sygggg. bakal wife abg mucuk2 ni :)

gf: snggup wat apa sja tuk bby?
...
bf: lautan luas snggup abg renang,hutan tebal sanggup abg redah sygg.

gf: tu jer ker?

bf: abg snggup harungi liku2 apa jua tuk bby.

gf: abis tu npa xjmpa bby kmarin?pnt bby tggu :(

bf: kan hujaannn. nnt kreta kotor. bru car wash. sayang wooo! kecian ketew abg koto.

gf: ok! @#%$&!*!+#!!

HAHAHA !

Dialog: Pak Belalang Yang Bijaksana

Nujum Masai : Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.

Pak Belalang : Silakn Nujum Masai.


Nujum Masai : Apekah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?


Pak Belalang : Itu senang saja. Jawabnya Terawih!!


Nujum Masai : Jelaskan.


Pak Belalang : "1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa org dtg terawih.


P.S Renung-renungkan dan selamat beramal

~Kumbang Jingga~

Dialog: Cucu Atok

Atuk : cu! g nyorok cepat, cikgu kamu dtg nk cari kamu tu sbb kamu x pegi skola!

cucu : ape plak? atok la pegi nyorok sbb sy ckp sy x pegi skola sbb atok meninggal !

MORAL : jangan berlaku zalim terhadap ahli keluarga ! hehehe :D
P.S Selamat hari raya..

Renungan Di Blog

Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamnii (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Filem Review:Laskar Pelangi

Ermm..dh lama aku tak tulis filem review...masa aku tengah duk cari 'sepuluh filem terbaik sepanjang zaman di indonesia' aku terjupe filem ni tajuk dia laskar pelangi...apa yang membuatkan aku nak tengok sesangat citer nie sbb presiden indonesia pun tengok citer ni..kira citer ni memang legend lah kat indonesia...lagi satu sbb aku baca sipnosis citer ni adalah adaptasi longgar dari kisah benar yang berlaku di indonesia..ramai menyatakan filem ni sangat menyentuh hati dan perasaan ..jgn risau filem ni bukan tentang cinta..so mereka yg anti jiwang pun leh tengok...hehe

Aku bnyk tengok gak filem indon so bahasa indon tak menjadi masalah bg aku tuk paham...dari 10 bintang aku bagi 10/10..full rate hehe

Aku tengok aritu ikut youtube je..korang leh layan kt bawah..part2 lain ada kt playlist tu

Part 1/12


P.S Antara filem yang berjaya menyentuh perasaan aku huhuhu

Aku akan beraya di perantauan.....

Tahun ni buat pertama kalinya dlm hidup aku yg penuh lara ni aku raya kt perantauan...perantauan lah sgt..key ell je pun bukan paris ke.venice ke.hehe..aku raya kt key ell sampai raya ketiga tahun ni demi menjalankan tanggungjawab terhadap negara yang tercinta..sedehnya uwarghhhhhh....

Ermm..takpe lah aku beraya kt kl ni ngn org indon, nepal ngn bangla..kesian kt dorang takde org teman kan...dah lah aku sorang2 je kt kl ni..bini takde..anak takde..anak tekak je ade itu pun tak bape nk nampak....nk bagi kurang sikit rasa sedeh ni aku akan pikir positif..contohnya kurang sikit duit raya aku kena bagi kt anak2 buah kalau raya kt kl hehe...lagi pun agak sedeh gak raya kt kg sbb kalau aku balik kg pun sama macam tahun lepas aku raya sorang2 je..yang lain semua dah kawin huhu..aku duk umah g solat raya pastu g kubuq pastu makan tidoq je.lebih banyak duk rumah dari kuaq beraya..kalah anak dara hehe.....

Lagu-lagu raya ni buat aku bertambah sedeh...cepatnya pasang lagu raya..awai g lah..huhuhuhu

P.S Selamat hari mederka..bekorban untuk rakyat..cewah..dh mcm ahli politikus hehehe

Berkahwin dengan Bunian

kawin org bunian 1
Orang Bunian adalah sejenis makhlus halus dari golongan jin.  Mereka tidak mempunyai  jasad seperti manusia dan seperti golongan jin, Allah SAW menjadikan mereka  dari api.  Orang Bunian ini kebiasaan nya terdiri dari jin-jin Islam.   Orang bunian ini dikatakan mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan badan manusia.
Di sini ada satu kisah benar yang saya ingin menceritakan pengalaman saya mengubati seorang pesakit lelaki yang berumur dalam lingkungan 13 tahun yang telah berkahwin dengan seorang orang bunian.
Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004 di Kuala Lumpur semasa saya masih lagi menetap  di Bukit Antarabangsa.  Biarlah saya namakan pesakit ini Pesakit B.  Satu hari ayah kepada Pesakit B ini datang ke rumah saya mengadu yang anaknya Pesakit B ini tidak mahu pergi ke sekolah selama beberapa bulan yang lepas.  Ini  berlaku selepas anaknya balik dari “camping trip” di hutan di luar kawasan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh sekolah anaknya .
Tiap-tiap hari anaknya akan tidur pada siang hari dan akan hanya bangun pada jam 12 malam dan akan tidur semula menjelang waktu subuh.  Dalam masa 5 atau 6 jam dia tidak tidur dari jam 12 malam hingga subuh, dia akan meminta ibunya memasak makanan untuk dia dan menguruskan diri seperti mandi dan sebagainya. Pada satu petang, saya ditemani  oleh seorang sahabat bernama Ustadz Faisal (seorang tahfiz) pergi ke rumah Pesakit B.  Masa itu Pesakit B sedang lena tidur di biliknya.  Apabila tiba di rumah Pesakit B, saya dapati selain dari ibu dan ayah Pesakit B, ada beberapa makhluk halus di rumah itu. Makhluk halus itu memperkenalkan diri mereka pada saya.  Meraka adalah golongan jin jenis orang bunian.  Rupa-rupa nya Pesakit B ini telah berkahwin dengan anak perempuan Penghulu orang bunian.  Bersama-sama Penghulu orang bunian itu, saya juga telah diperkenalkan dengan anak perempuannya.  Saya lupa hendak bertanya nama kedua-dua makhlus halus itu.   Kisahnya anak perempuan dia telah jatuh cinta dengan Pesakit B semasa dia berkhemah di tepi hutan berdekatan dengan kediaman penduduk orang bunian ini beberapa bulan yang lalu dan mereka telah pun dikurniakan seorang cahaya mata.
Jadi bila Pesakit B ini tidur, roh nya berada di alam jin dan dia akan hidup bersama-sama keluarga baru nya.  Saya memberitahu hal yang sebenar kepada kedua-dua ibu bapa Pesakit B.  Alangkah terkejutnya mereka berdua dan mereka tidak sangka perihal demikan telah berlaku pada anak bongsu mereka.  Ibu kepada Pesakit B menangis-nangis tidak setuju akan perkahwinan anak bongsunya.  Ayah Pesakit B mengelengkan kepala tanda tidak setuju sama sekali.
kawin org bunian 2
Saya memberitahu penghulu jin itu yang kedua-dua ibu bapa Pesakit B tidak meneriam dan merestui perkahwinan itu dan mahu anak mereka kembali ke alam dunia ini dan mereka mahu anak bongsunya dipisahkan dengan anak perempuan bunian itu.
Mendengar demikian, Penghulu orang bunian itu bertanya kepada saya,
Buktikan di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah SAW tidak membenarkan kaum Jin berkahwin dengan kaum Adam.”
Selanjutnya Penghulu itu berkata,
Sekiranya ada ayat-ayat tersebut dalam Al-Quran, dia bersedia untuk memisahkan anak perempuan dia dengan Pesakit B, dan sekiranya tidak dapat membuktikan, maka perkahwinan ini akan diteruskan.”
Saya tergamam untuk menjawab soalan Penghulu Bunian itu dan saya tidak sangka soalan itu akan dikemukakan kepada saya.  Terdetik dalam hati saya membisik bijak juga Penghulu bunian ini.  Saya menoleh kepada sahabat saya Ustdz Faisal dan dia mengelengkan kepala serta membisik kepada saya bahawa dalam Al Quran tidak ada ayat-ayat yang mengatakan kaum jin dilarang dan tidak dibenarkan berkahwin dengan kaum Adam.
Memang tidak ada ayat di dalam Al-Quran yang Allah SAW melarang kaum manusia berkahwin dengan kaum jin.  Tetapi dari hukum feqah memang ada hukum yang menyuruh manusia berkahwin dengan kaum manusia dan bukan dengan makhluk lain seperti  jin atau binatang.  Dari segi akal memang tidak ada logiknya manusia berkahwin dengan kaum jin sebab manusia tidak nampak mereka, tidak dapat menyentuh mereka atau tidak dapat mendengar mereka.    Dalam Al-Quran juga mengatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad.  Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin.
Di akhir pembincangan petang itu, saya bagi pihak keluarga Pesakit B sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan perkahwinan Pesakit B dan anak perempuan Penghulu bunian itu.  Tidak ada lagi “negotiation”  dari pihak Penghulu bunian yang akan saya layani dan kata putus saya pada akhir perbincangan itu agar Penghulu bunian serahkan kembali Pesakit B kepada keluarga asalnya.  Dengan keizinan Allah SAW, dan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, Pesakit B kembali pulih sediakala.  Dengar khabar dari Ustadz Faisal baru-baru ini, Pesakit B  sudah pun berkerja dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Pengajaran dari peristiwa ini ialah kita tidak patut tunduk atau bersetuju dan mengikut kata makhluk halus ini. Orang-orang bunian ini atau pun jenis-jenis jin yang lain mempunyai akal fikiran dan mereka boleh berfikir seperti kita, dan kadangkala kita mudah terpedaya dan tertipu dengan helah mereka.
kawin org bunian 3
Satu lagi kisah benar berlaku dalam bulan Ramadhan tahun 2009.  Memangnya setiap Ramadhan saya berterawih di Masjid UIA di Gombak.  Pada satu malam sedang saya duduk di barisan depan saf di Masjid UIA  menunggu waktu solat ishak di Masjid UIA, saya didatangi oleh seorang jin jenis bunian bersama keluarganya.   Selalunya saya bertarawih dengan seorang sahabat rapat saya yang duduk di sebelah kiri saya.
Mula-mula jin itu mengucapkan salam pada saya dan saya membalas salam.  Berdosakan kalau tidak membalas salam.  Jin itu memperkenalkan  diri dia dan memberitahu saya hajat dia untuk memperjodohkan anak perempuan kembar jin bunian dia dengan sahabat saya yang duduk sebelah kiri saya.  Kebetulan sahabat rapat saya ini masih lagi status bujang dan masih lagi single belum ada steady girlfriend pada ketika itu.  Sahabat saya ini memang handsome (dulu dia model), tinggi dan putih melapak orangnya sampai kaum jin pun boleh terpikat pada dia.
Saya tergelak besar dan memberitahu sahabat rapat saya akan lamaran dari jin bunian itu. Mula-mula sahabat saya ingat saya berlawak tapi bila saya seriously beritahu dia akan keadaan yang sebenarnya, sahabat saya rasa seronok dan terus senyum lebar tetapi menolak lamaran jin itu atas alasan dia belum bersedia lagi.   Saya senyum sendiri dengar alasan spontan yang diberikan oleh sahabat saya tadi.  Dalam hati saya kalau lah dia nampak rupa wajah anak kembar perempuan  jin bunian, mungkin dia berfikir dua kali untuk memberi alasan itu.  Sahabat rapat saya ini pula suka tidur, kalau tidur mesti cukup tujuh atau lapan jam, dan mungkin ini satu sebab kaum bunian suka pada dia.

Pengalaman Hj Lokman Dalam Membersihan Jin Di Kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin


kerajaan langit ayah pinRamai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti pengelibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.

kerajaan langit ayah pin
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.


kerajaan langit ayah pin dirobohkan
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman

19 November 2010

Sumber: http://www.alhidayah-medic.com/

Lambok:Kisah si miskin dan seorang tua


Dialog Duit: RM1 dan RM50

RM 1: lama tak nmpak,mana prgi ?

RM 50: aq slalu prgi tmpat2 cam restoran mewah ,hotel ,& pusat hiburan dan yg swaktu dganya lah .  
RM 1: fuyoo,hebatt ekk ko ?

RM 50: nasib . ko pulak camner ?

RM 1: aq bnyak g tabung derma , kotak amal , mangkuk peminta sedekah dan yg swaktu dganyalah .

SAMA2LAH KITA RENUNG2 KAN~ :D

Lawak sebelum berbuka


Terharu ada blogger yang prihatin

Semalam aku ada wat entry sedeh pasal blog aku takde header..ye lah aku nk design bende2 ni mane reti dowh aku bukan budak mass com....pastu ada sorang blogger yang prihatin telah menyumbangkan header kt atas ni hehe..tq2

Terima kasih tak terhingga kepada blogger Riesha Ariesha


Okey nk citer sikit pasal cik sha ni..

Blog dia kaler pink and opcos lah design blog dia pun lagi smart dan best dr blog aku..tak caya try g ushar hehe.aku pun pakai template yg default aje hehe...kepada bujang senang yang nak tekel dia..baik lupa kan k sbb dia dah ada sweetheart..bila nak kawin cik sha? hehe...jangan lupa jemput k hehe...cik sha ni blogging tentang macam2.mcm iklan astro "macam-macam adaaa"..dan cik sha ni rajin komen..hehe...

Dengan adanya blogger2 yang prihatin mcm cik sha..blogger2 baru mcm aku mesti akan lebih bersemangat nk berblogging..kpd sape2 nak tempah header leh g tau cik sha k..harga boleh dirunding..tak mahal satu header sejuta rupiah je..hehe... :-p

P.S Hoyeyyy dah ada header!!!!!

REAL LIFE OPTIMUS PRIME (5pictures)







AUTOBOT~

Sumber:http://hurmphh.blogspot.com/

Slumber je blog aku takde header....

Blog aku takde header bukan sbb aku tak nak letak tapi sebab aku tak reti design2 header bagai ni..huhuh..cedehnyaaaaaa..biaq lah takda header pun yg penting hati kan hehe...lagi pun unik visitor ke blog aku ni pun tak sampai 80 org pun sehari...takde sape tengok..ade sapa2 nk sponsor header tuk aku tak hehe...

Aku start blogging pun sbb aku minat citer2 lawak...kalau tengok entry2 aku yg dulu2 tu semua citer lawak...sbb tu korang nampak bnyk "hehe" bila aku tulis entry hehe...pelik tak pelik tak..hihi..

Aku tukaq design blog pun sbb nak bagi ringan sikit blog..pastu aku dah jemu ngn design lama..bese lah kan manusia mudah jemu hehe..ni lah design dan color pertama masa mula2 aku wat blog dulu..hee..nostalgic kan..

P.S Kenkadang jeles gak tengok header blog org lain comel2..

Malas Bangun Sahur

Khas untuk mereka-mereka yang malas bangun sahur di bulan Ramadhan.Mengapa ada dikalangan umat islam malas bangun sahur sedangkan sahur itu sendiri penuh dengan keberkatan.


(Lawak Merdeka) Sukun:Tali Barut Jepun


Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta

TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.
Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.
Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi
Kalau kat malaysia agak2 korang lah dorang pulangkan tak hehehe..aku pelik..walaupun kt jepun takde hukum hudud potong tangan tapi dorang still tak mencuri..hairan2..sungguh berdipslim dorang nie..sape lah cikgu dipslin yg ajaq dorang hehe

Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

(Lawak Puasa) Dah masuk Waktu


P.S Haha..isteri yang sempoi giler duk melawak ngn suami hehe..

Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York

KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.
Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.
Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.
Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).
Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.
"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters
P.S Pelik betul aku..bagaimana seorang gay boleh menjadi paderi..pastu siap boleh ada gereja gay plak tu..isk2..pastu baru-baru nie ada 12 orang islam nak masuk agama kristian semata2 kerana wang...tengok kisah si paderi dan gereja gay ni pun kita dah leh tahu mana yang betul mana yang salah...

Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Dialog Utaqa:Anak dan Mak

anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?...
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh.

Segmen MO (Bloglist) : Saya Anak "Ketiga" dalam Keluarga

banner

Segmen MO ni guna saya tapi aku lebih suka guna aku..lebih mesra hee..ni adalah segmen pertama aku join..dulu aku nk join segmen ben ashaari tapi tak jadi2 join hee..tak tahu nape..okey first of all aku anak ketiga dari 4 org adik beradik..keluarga kami dulu susah berpindah randah demi mencari sesuap nasik...tp alhamdulillah skang dah sederhana semua adik beradik aku dah keje dan kawin..kawin tu aku sorang je belum hehe..insyallah dalam process..doa2 kan ye

Aku ada dua orang kakak dan sorang adik laki..kakak aku yang sulong duk melaka, yang second duk langkawi adik aku duk johor dan aku plak mcm biasa mcm anak tengah gak duk tengah kt kl hehe..aku takde abang cuma ada kakak je..sbb tu aku bawak kete slow cam pompuan hikhikhik..aku bawak slow sbb aku sentiasa ingat yang tersayang hehe..

Memang betul org ckp tanggungjawab anak sulong tu berat..anak2 sulong pun selalu tuhan jadi kan dorang pandai2 sbb nk bantu adik2 sekolah..contohnya kakak aku..dia study kt US..guna biasiswa MARA..mcm aku pun dari form 3 aku pun dapat biasiswa gak tapi biasiswa negeri je bukan perseketuan..jadi lah syukur gak lepas buat mkn ngn buat beli buku sebelum SPM..so family aku tak bagi duit kt aku tuk buku2 sbb aku dah ada duit sendiri sejak sekolah menengah..

P.S Tak kira lah anak ke berapa pun dalam keluarga yang penting kita tunaikan tanggungjawab kita sbg anak..yg duk sekolah lg tu jgn duk bercinta blajaq dulu abang KJ pesan ni hehehe..

Hobi Baru: Bela Pokok Cactus


Skang aku ada hobi baru..bela pokok cactus kecik hehehe..comel kan hobi aku..ye lah tuan dia pun comel hehehe..pokok cactus ni memang senang giler nak jaga..orang giler pun leh jaga hehe...siram air jarang2 pun tak mati..hebat kan pokok cactus ni...cactus ni sebenarnya kawan aku yang bagi hehe...dia cakap cactus ni leh wat nyamuk takut hehe..betul aku tak tipu..sejak aku bela pokok ni nyamuk dah kurang banyak..so kira macam ubat nyamuk semulajadi pokok ni hehehe..

P.S So apa lagi jom bela cactus ramai2 hehehe

KENAPA YE SAYA MUDAH SEDIH DAN PATAH HATI???

Mungkin karena hati kita yang
kurang begitu dekat dengan Allah.
 Seorang muslim yang istiqama,
Menjaga hubungan dengan Allah,
seperti menjaga tahajud, dhuha,
sedekah, solat 5 waktu & tepat
waktu, selalu baca quran setiap hari.
Maka hatinya selalu tenang hadapi
keadaan apa pun. Mengapa?
KARENA..
 IA TELAH MENJADI SEORANG
KEKASIH ALLAH...
SUBHANALLAH

Lelaki mati ditetak saudara sendiri

ALOR SETAR – Seorang lelaki berumur 60 tahun mati ditetak dengan parang oleh ahli keluarga terdekatnya manakala isteri cedera dalam satu kejadian sejurus sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian sekitar 7 malam tadi, Seman Siron, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan di kepala, putus pergelangan kaki kanan selain cedera di kedua-dua belah tangannya manakala isterinya, Hasmah Abdul Majid, 58, cedera di belakang kepala.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun memarahi anak-anak saudaranya yang membuat bising ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa. - Bernama
P.S Isk2 marah sbb bising sebelum bukak posa pun leh sampai bunuh membunuh...

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Jejari Runcing:Sudah Tersurat. Aku Redha

Tadi aku terbaca entry bekas tunang khairul fahmi che mat si Elia jejari runcing..aku baca pun sedeh bangat..hehe..arghhhh tak macho kan laki sedeh2 hehe..tapi aku dapat rasakan kesedehan yang elia rasa kan..rasa bagaimana ditipu dan dicurangi..huhu..aku amik sikit apa yg elia tulis
Bismillahirrahmannirrahim....
Salam semua.. firstly elia nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog kesayangan hamba ni. Bukan apa, saya ada beberapa exam atau test2 penting yang perlu diutamakan. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online. Saja meng-away-kan diri dari dunia luar untuk dapatkan ketenangan dan focus. Yelah kebetulan ketika dugaan berat menimpa ni, ada berlambak pulak quiz dan test2 penting untuk dihadap. So, nak tak nak kenalah dahulukan yang penting dulu ye dop?
Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni.

Sambung baca di sini ye [link]

Aku pun tak paham kenapa sorang laki sanggup nak mainkan perasaan pompuan..aku tengok elia ni dah bnyk berubah..dulu dia tak pakai tudung skang dia dah pakai tudung..alhamdulillah...moga di kekal kan niat itu...cuma aku ada setuju beberapa point yg elia cakap..first dia ckp masa tunang memang bynk dugaan dan masa tu lah perangai sebenar kita akan dapat lihat...yup betul..elia wat solat istikarah masa dia tunang dia cakap..tapi aku rasa lebih baik kalau sebelum tunang pun wat bnyk kali..supaya kita tak tersalah pilih..biar tuhan yang pilih tuk kita kerana itu yang terbaik...apek kantoi masa tunang aku rasa itu adalah satu petunjuk yg tuhan tunjuk kt dia yg apek tu bukan jodoh dia...wallahualam..

Tidak ada apa yang perlu dimalukan kalau putus tunang...sbb tujuan utama tunang memang untuk mengenali pasangan masing2....kalau tak sesuai putuskan...sbb kalau dah kawin masa kawin cerai itu lebih dibenci tuhan kan..
 
Petikan dari Oh Bulan


Hari ini, kami menerima 2 keping gambar Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seorang jejaka yang dipercayai amat popular orangnya.

Tegap & sasa orangnya. Kasih sayang seorang abang terhadap adik, mungkin? Iya’lah, takut juga adik sesat dalam Universal Studio Singapura yang seluas 20 hektar tu kan. Susah nak cari nanti.

Bersangka baik lah kita sempena bulan Ramadhan ini. Ehem.

Sumber:Ohbulan

Petikan dari Limau Ais dot com

Dari sumber informasi, gambar ini diambil Sabtu minggu lalu (30 July 2011) sebab ada yang terjumpa jejaka ini di USS sana memakai pakaian yang sama. Kami tidak pasti siapa agaknya yang berpegang tangan dengan Dahlia Teck itu, anda teka sendiri dan tinggalkan jawapan di bahagian komen.
 
Takkan lah lelaki ini Dato K Rajagobal, langsung tak logik. Entah-entah ini yang pakai jersi no ___. Peminat boleh menilai sendiri. Kalau alasan teknik photoshop, facebook kena hacked sangat lame.

Yang ni kami tak pasti kebenarannya, tapi inilah luahan hati seorang insan yang merupakan kawan baik nya:

hurmm.. KHAIRUL FAHMI CHE MAT? hurm.. aku kenal sgt mamat nie sebelum die femes mcm skang nie.. sbb nyew aku larh yg kenalkan die dengan si elia nie.. ‘kalau korg bace la blog eiya mcm ne dorg bole kenal…’ dulu die x mcm nie,die sorg yg setia dgn pasangannye.. tp baru2 nie aku terserampak dgn die and si DAHLIA TECK TECK kt sebuah restoran di damansara utk berbuka.aku pun amek pluang tuh utk terjah si apex nie utk dgr dari mulut nie sndr.aku tnya ‘APEX! KO DTG DGN SAPE?! (padahal aku da nampak dgn kepala aku yg kecik ni),DENGAN SLAMBER DIE MENJAWAB AKU DGN SI DAHLIA TECK YG KORANG DOK HANGAT GOSSIPKAN SKANG?? Pokemon tol..time tuh aku mmg rase nak sepak2 kaki die tuh.. and die ckp bende biase larh mamat men kayu 3 nie?? aduih.. apex aku tau ko akan banned aku pas ko bace ape yg aku post nie,tp aku as kwn lama ko yg rapat dgn ko dlu aku x bole trime kwn aku jadi mcm nie..kalau btl x suke dgn eiya tuh sbb mulut die or watsoever la,tp jgn la wat org mcm nie..igt esok2 luse nanti ko ada anak,org buat mcm tuh kt anak ko?? hope ko brubah larh apex..aku kenal ko and aku tau ko bole brubah.
Sumber: Kantoi: Dahlia Teck Pegang Tangan & Bercuti Dengan Siapa? — LimauAis

P.S Kepada Elia semoga banyak2 bersabar..dan banyak kan berdoa dan dekat kan diri kepada tuhan...

Arlene Tan tampil buat kenyataan: I AM WRONGLY ACCUSED!!!!

Kenyataan dari Arlene Tan
I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.

Kalau tengok statement ni aku rasa bukan dia..tengok dalam blog Arlene pun dia guna full english..tak campur sikit pun melayu..dalam website mak cik sitt tu guna bahasa melayu..lagi pun bahasa melayu yang mak cik tu pakai agak kemelayuan sikit hehehe...tatabahasa mak cik tu pun tinggi sangat sampai ketaq lutut baca blog mak cik sitt tu hehe..seram siot...memang tak takut mati betul mak cik sitt al wuzara tu

Kalau tengok kaedah team gaysec siasat tu pun cuma googling je..aku ingatkan team gaysec tu hack masuk website mak cik tu ke..hack masuk email mak cik tu ke.hack masuk komputer mak cik tu ke..track ip adress mak cik tu ke...baru terer hehe..ini cuma berdasarkan comment2 kt facebook je..adeh

So nasihat aku kepada bloggers2..jgn terburu2 duk post sape identiti mak cik sitt tu..kita sendiri takde bukti yang betul2 kukuh.....takut2 nanti jadi fitnah plak...even mak cik sitt tu pun dah keluarkan kenyataan arlene tu bukan dia..hahaha....

Dia

Di dalam kesamaran mimpi
Dia hadir menguntum senyuman
Aku terpana lantas tersedar
Ku pasti itu adalah petunjuk...

Hadirnya tidak diduga
Ku dekati dirinya
Ku selami lubuk hati nya
Bagi mencari secebis ruang kosong...


Berapa ramai antara mereka yang tahu dia menderita?
Berapa ramai yang tahu dia sengsara?
Tahukah mereka tawanya itu hanya dusta?
Menutup helai-helai duka yang ada di setiap lapis hatinya...

Lupa kan duka dan kisah lama mu
Berikan aku peluang untuk mengasihi mu
Dia bertanya kenapa aku tidak mahu meninggalkannya?
Dengan tenang ku menjawab kerna aku diciptakan untuk dia...

Dia juga diciptakan untuk aku
Ingin aku ikati dengan kasih suci
Dengan kasih yang halal bagi ku
Dengan keyakinan aku di ciptakan hanya untukmu..

~kumbang jingga~

P.S Puisi ni aku tulis untuk 'dia' yang bakal menjadi isteri ku

KEBAIKAN KURMA

kurma
Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Aktiviti di Malam Puasa

Aku nak start dari aku kecik dulu..slalu pas bukak posa mandi solat pastu ikut abah g masjid solat tarawikh..slalu solat lapan rakaat je..abis je tarawikh aku balik rumah main mercun bola.mercun mancis, mercun ketupat dan mercun papan kaler merah..kalau takde duit aku main mercun pop ja..mercun tu baling kt dinding meletup...kenkadang aku terlebih kreatif aku wat mercun sendiri guna belerang bunga api..tapi slalu aku main meriam paip ngn meriam tin je..meriam2 lain pun aku expert gak..hehe..slalu kalau kat kampung..aku main challenge ngn kg sebelah..tengok bunyi meriam sapa paling kuat..aku main jauh dari rumah org..kalau tak memang kena maki ngn org hehe..kg bese lah rumah jarang2 pastu sawah padi luas..

Kenkadang aku main UFO..UFO tu cara nak main dia korang kena amik surat khabar pastu ikat bucu2 dia pastu bakaq empat2 penjuru..bila dah abis bakaq nanti dia terbang sbb udara panas akan tolak ke atas sbb malam udara dia sejuk..susah aku nk explain hehe

Bila aku dah besaq sikit aku dah baik dan sopan lg..pas solat tarawikh lapan rakaat aku tak balik umah terus dah...aku stay kt masjid lg..bukan aku baca quran ke ape ke kt dlm masjid tapi aku tunggu sampai rakaat yg last aku g solat balik sama2 ngn imam..pastu abis je terus g makan..ada moreh lah hehe..mkn2 hehehe..tunggu sebab nak makan je punya pasal hehe..

Khunsa musykil perlu pengesahan pakar, mahkamah

KUALA TERENGGANU: Golongan "khunsa musykil" perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Khazan Che Mat, berkata khunsa musykil atau kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.
"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.
"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah, di sini hari ini.

Khazan berkata, selepas mendapatkan pengesahan pakar perubatan, mereka mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memastikan mereka boleh membuat penukaran jantina atau tidak.

Katanya, disebabkan kemusykilan tersebut, fatwa sudah dibuat bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai masalah kecelaruan jantina dengan merujuk kepada fatwa "khunsa musykil".

"Saya berharap individu yang mempunyai kekeliruan atau kecelaruan jantina tidak membuat tindakan sendiri tanpa memikirkan akibatnya kerana dalam Islam secara mutlak meletakkan hukuman penukaran jantina adalah haram.
"Bagaimanapun, mereka yang tergolong dalam khunsa musykil diberi kelonggaran dengan melihat kepada alat kelamin yang lebih dominan dengan mereka," katanya.

- BERNAMA

Bilangan lelaki bujang lebih ramai

pix_gal0
Lambat kahwin dedah pelbagai risiko negatif

KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.
Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus.

Umur minimum perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000.

Mengulas perangkaan itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata aliran lelaki yang belum berkahwin lebih ramai daripada wanita selaras dengan pertambahan golongan itu berbanding wanita.

Katanya, aliran itu sudah lama dikesan dalam setiap bancian pendudukan yang dilakukan di negara ini malah keputusan itu juga lebih kurang sama dengan kebanyakan negara di rantau ini dan peringkat global.
“Hasil bancian LPPKN pada 2004 sudah mengesan trend lelaki kahwin lebih lewat dan hasil bancian 2010 mengesahkan bahawa lelaki berkahwin pada purata umur 28 tahun berbanding wanita 25 tahun,” katanya dihubungi Berita Minggu.

Kelmarin, dilaporkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.

Aminah berkata, dari segi kesan sosial, gejala kahwin lambat di kalangan lelaki itu menunjukkan golongan itu akan berkahwin pada usia lebih matang, kukuh dari segi ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Kesan negatif pula katanya, tempoh yang lama membujang akan mendedahkan lelaki muda kepada cara gaya hidup yang tidak sihat dan risiko yang berkaitan dengannya.

Perkara itu dipersetujui pakar sosiologi dan antropologi, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor yang bimbang jika ia berlarutan akan menyebabkan pertambahan jumlah gejala sosial.

“Dalam satu aspek, saya melihat pertambahan jumlah penduduk lelaki akan membawa kesan negatif kepada masyarakat iaitu kebarangkalian golongan itu terbabit dengan jenayah berat seperti pembunuh dan rompakan selain terbabit gejala sosial seperti samseng jalanan atau mat rempit. Ada kemungkinan juga wujud pertambahan kemalangan jalan raya kerana lelaki biasa memandu dengan agresif, sering timbul masalah di jalan raya dan laju,” katanya.

Dr Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau melihat apabila lelaki lebih ramai maka wanita mempunyai banyak pilihan untuk mencari suami yang lebih berkualiti.

Maka, katanya akan wujud persaingan di antara lelaki dan ini mewujudkan tekanan kepada mereka untuk dipilih menjadi suami.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bilanganlelakibujanglebihramai/Article/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)