Entri Spesel !!!!

Gelak tawa mu menemani ku,

 Rajuk jiwa mu pengubat rindu lara,

Gurauan kasih ku penyeri harimu,

Senyuman manis mu menjadi angan sentiasa, 
 
Aku mengadu tetapi tidak di fahaminya,

Dia juga mengadu tetapi tidak di fahamiku,

Hanya dengan kerinduan aku mengenalinya,

Demikian juga dengan kerinduan dia mengenaliku,

Manis budi mu semanis tamar kurma,

Manis tak kurma itu (Sambil buat gaya sepah ajuk ustazah norbayah..hehe).
 
Assalamualaikom.dengan lafaz bismillah...eh nape tetiba aku menjadi sopan santun macam dlm rancangan semanis kurma hehe..kali ni bukan entry copy paste lagi...kali ni aku update yang agak jiwang sikit dan entry ni agak tidak sesuai dengan korang yang masih mumayyiz..haha..mumayyiz tu bukan kumpulan nasyid okey...boleh tanya pakcik google ye anak anak..hehe

Okey, berbalik pada puisi, pujangga, syair, sajak dan sekutu dengannya.. korang yang dah baca, mesti korang tertanya-tanya, kepada siapa KJ tujukan dan mungkin juga korang tersyok sendiri yang KJ tujukan petikan tadi untuk korang..hehehe..tidakkkk kihkih..sila lah buat muka sedeh ye korang ehehe..puisi itu untuk bakal seseorang yang halal bagi ku..cewah hehehe..ye lah skang aku berkawan niat untuk berkawin je...dh tua2 cam aku ni kena pikir kawin..terus terang aku cakap nak kawin..namo namo hippo lg..hippokrit lah (sambil buat muka cute) hehe

P.S Sila abaikan dua baris terakhir dari puisi itu sbb itu hanya lah sekadar cubaan penulis membuat korang tersenyum sendirian di depan computer hihihihi

Abah Ku Sayang


Click pic tuk lagi besaq

Basikal ke motor ni?conpius2

P.S Cuba teka ni basikal ke motor ex5

Muka Ganaz Tapi Hati Cute

P.S Bom kat tangan tu dah ganaz giler tapi pakai beg sekolah????ini geng bas sekolah ke GBS hehehe...

(Lawak Lambok) Abah

P.S Aku minat karya lambok ni hehe..kalau tak lawak pun aku wat2 lawak gak ehehe

Budak Sekolah Kaut RM30,000 Sebulan????

Pagi nie tengah baca news online kat THE STAR 

aku terbaca satu news nie yang agak menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama-sama korang semua. Berapa income korang sebulan? Ada budak sekolah boleh dapat income RM30,000 sebulan agak-agak korang caya tak hehehehe.

Apa macam banyak tak pendapatan budak sekolah nie? Budak nie buat keje masa cuti sekolah jer. Lagi banyak income budak nie dari orang bekerja makan gaji kan. Agak-agak keje apa budak nie buat. Moh baca news kat bawah nie:-

A SECONDARY school student made RM30,000 during the year-end school break last year by prostituting herself, China Press reported.

It said the student from Kuala Lumpur charged customers RM250 to RM800 each so that she could indulge in luxury items.


“I have sex at least five times a day. However, I take a week's break each month,” she told the paper.
The girl said she was cutting down on her sexual services this year as she wanted to prepare for the SPM examinations.


According to the daily, the girl was among many students who used Facebook to earn money through sex and buy luxury items they covet and one even said she had listed her sex service on a website to earn money to buy an iPhone. Most of them were from Johor Baru, Malacca, Kuala Lumpur and Penang.

Customers are asked to pay up to RM300 per session and RM600 if the customer wanted an overnight sex session.
The paper reported that the girls charged RM3,000 if their customers wanted to have them for a month.

It also said the girls offered telephone sex at RM150 per call and sent a photograph of them in the nude through the mobile phone for RM10 per copy.


The paper's reporter contacted one of the girls through SMS and Internet messaging service by posing as a customer.


Some girls used Facebook to cheat potential customers they stopped using their Facebook accounts after getting money from potential customers.

The paper passed on the information it had gathered on the sex service to the Johor police.

The police said they would investigate the matter.



Nielah realiti pada zaman sekarang di Malaysia. Budak sekolah pun dah berani jual diri untuk kemewahan. Pelik tapi benar. Itulah realitinya. Sesungguhnya zina itu haram di sisi Islam. Sama-sama kita awasi anak-anak kita baik lelaki atau perempuan dari terjebak seperti kes kat atas nie.

(Lawak Lambok) Anak

Singgah Makan Bakso

P.S Hantu pun perlukan makanan gak macam manusia hehehe

Super Cat

Recaro


P.S Legend tapi hati cute

Blog Review: Follower ke 666


Okey follower aku dah cecah 666..satu angka yang menarik hehe..pasni aku nk buat lagi blog review lagi tuk follower ke 777,888 dan 999 hehe..bila lah agaknya...hehe..so sape kah follower yg bertuah tu..


Blog nida ni ada widget radio era mcm blog aku gak cuma aku tak letak autoplay..n blog aku lebih sikit ada radio hotfm... hehe..org yg slalu letak music2 dalam blog mcm aku selalunya org tu happy go lucky gak mcm aku..erm lupa nak cakap..sapa2 nak ngorat dia tak leh k..dia dah ada bf..x mo x mo hehehe..dia peminat teddy bear dan domo kot sbb ada icon domo kt tepi..

Budak universti malaysia pahang dan mengambil jurusan sains computer..eh cam kak long aku lah sains com ehehe...eh aku nk review org ke blog ni hehehe...nak tau lagi pasal blog dia g blog dia k..jom terjahhh zasssss..mcm melody plak hehe

P.S Bila aku follower aku dah 777 aku akan buat lg satu blog review..kite tengok sape yg kena hehehe

(Lawak Lambok) Tok Imam

Ape itu perhimpunan bersih?


Mula2 aku ingt perhimpunan ni tuk bersih kan jalan ke ape ke..hehehe..noob betul aku ngn politik ni..memang x amik port langsung bab2 politik ni hahaha..pastu baru tau yang perhimpunan ni pasal pilihan raya yang akan datang ni..eh nk pilihan raya balik erk...dulu punya pilihan raya pun aku tak mengundi hahahaha..yg ni pun tak mendaftar lg hehehe...

Pada pandangan aku lah..nape nk buat kt jalan raya??jalan jammed lah..menyusahkan aku je bg org2 yg keje shift..korang boleh lah keje isnin jumaat. x boleh buat kt stadium ke hehe..nak bagi memorandum g lah bagi memorandum ape pun..try buat cam pemuda pas yg bagi memorandum kt utusan malaysia..tak perlu pun buat perhimpunan...apa yang aku takut kan keganasan berlaku..polis pun jangan lah guna kan kekerasan..api kalau di simbah ngn minyak makin besar..x payah lah guna gas pemedih mata ke, water canon lah..itu hanya memburukan lagi keadaan..isk2..

Harap2 masa 9 julai tu hujan lebat giler hehehe....kalau korang ingt masa perhimpunan bersih 2007 hujan turun dengan lebat..heheh..

Kucing kebal selepas dihumban dari tingkat 12




KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain.

OLDBURY, Britain - Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan selepas dihubungi seorang penduduk bagi memberitahu mengenai kejadian berkenaan .Beberapa penduduk di tingkat tiga dilaporkan mendengar bunyi haiwan itu jatuh.

Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan itu, Susie Bailey berkata, dia percaya kucing tersebut jatuh dari tingkat 12 flat berkenaan pada 5 Jun lalu.

Namun, kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan.

Kucing itu dirawat di sebuah hospital haiwan di Birmingham.
Haiwan itu memakai kolar di leher yang menunjukkan ia mempunyai tuan. - Agensi




Eight lives left: The block where RSPCA staff believe Everest was thrown fromEight lives left: Everest suffered only a broken tooth


Sumber:http://www.kosmo.com.my/

Bedtime Stories: Restoran Bendang Tujuh Relung










Lawak Ketam


P.S Ketam Kayu black pepper..abah makan sorang ye hehehe

Lombok Syndrom

P.S Bapak borek anak rintik hehehehe..kalau bawak cucu pompuan mesti dia mintak pearl kacip fatimah kihkihkih

(Lawak Lambok) Roti Bakar Yang Special Punya

Nak tahu macam mana rupa roti bakar yang special punya tu? Korang layan la lawak by Lambok kat bawah ni..





 
P.S Roti bakaq ni sedap sbb ada mayonis khas..di perbuat dari bahan kumbuhan burung2 hehehe

Fast and Furious Malaysia !!!!


Kerajaan patut sekat filem dari luaq gak..jgn duk sekat file2 sharing je.:-P...ini lah akibatnya..tiru fast and furious..babak lalu bawah treler hehehehe...tapi tak lepas masuk longkang hehehe..duit sape abis..duit rakyat gak hehe..aku gurau je.jgn amik hati noh.hehehe..orang malaysia semua berhemah tinggi kat atas jalan....ramai berhenti tolong...tolong amik gambaq..video dan tak kurang jugak yg sedang mencatat sesuatu bagaikan seorang wartawan..tp yg dicatatkan tu no flet..nk buat modal beli no ekoq kahkahkah....nasib baik kete polis yg accident..org tak brani curi..kalau lori beras yg accident org kebas beras dulu..kononnya tak nk bagi org lain curi hehe...

Impian Aku...

  • Belajar di korea atau jepun (anyeong haseyo.sarangheyo..itu je word aku tau hehe.)
  • Menjadi engineer electronic (x cukup genius huhu)
  • Mempunyai sebuah kereta nissan GTR skyline (kete manual pun tak cekap bawk..auto je terer hehe)
  • Hantaq mak abah aku menunaikan haji
  • Mempunyai sebuah rumah yang ada kolam renang..hehe
  • Mempunyai seorang isteri yang solehah (amin hehehe)
  • Pergi menunaikan haji bersama isteri..(passport pun takde lagi hehe)
  • Menunaikan solat berjamaah bersama2 isteri dan anak2 (Kawin pun belum dh pikir anak heheh)
  • Dapat mendidik anak2 dengan baik
  • Masuk syurga bersama-sama dengan kesemua org yang aku sayang

Aku Suka!!!!

  • Aku suka tidoq sambil dengaq music..(dulu lah..skang dah jarang)
  • Aku suka jogging sambil dengaq music (dulu gak sebelum mp3 aku rosak :-( )
  • Aku suka study sambil dengaq music (dulu gak sebelum aku keje)
  • Aku suka filem cinta kihkih..jiwangnyerrrr
  • Aku suka filem2 Stephen Chow
  • Aku suka bawak kete sambil dengaq music..radio kureng sikit
  • Aku suka makan sambil tengok filem atau drama
  • Aku suka baju warna hitam sbb buat aku nampak slim hehehe
  • Aku suka main badminton sbb aku kaki bangku
  • Aku suka minum carrot susu..sedapppp
  • Aku suka makan limpa kalau makan nasik
  • Aku suka mandi air terjun dari mandi laut
  • Aku suka dia sbb.sbb sbb..abg..abg abg....erm biar lah rahsia hihi
P.S Aku punya suka lah nak suka ape pun hikhikhik :-P

Aku dan 4 Sekolah Menengah...

Sekolah menengah aku yang first kat perak..sekolah menengah raja lope nor rashid kat tanjung piandang.. sekolah kampung je.sekolah ptg..aku pegi pun naik basikal je..tak jauh sgt dlm 4 km je mcm tu...kalau hujan je mak aku hantar naik kancil hehe..sampai bulan jun family aku pindah ke penanti bukit mertajam.p.pinang.so untuk pertama kali aku menjadi 'budak baru' bila masuk ke sekolah menengah penanti..jadi budak baru memang tak best langsung..kengkawan takde..baru nak kenal..so yang baiknya leh fokus kt stdy..sampai akhir tahun result dpt ok gak lah..dpt no 2 dlm kelas hehe..


Masuk form 2 je family aku pindah lagi..kali ni kami pindah ke pulau plak..teluk kumbar p.pinang. Untuk kali kedua aku jadi budak baru..kawan semua tak kenal....huhu..kenangan yang aku ingt masa form 2..ada sorang budak pompuan minat kat aku..camne aku tau dia minat kt aku..sbb dia kirim salam lah hehe..beselah budak2 sekolah zaman aku dulu..main kirim2 salam hehe..aku?aku x layan pun..bukan jual mahal tapi aku ni dak skema x layan cinta cintun ni hehe..lagi satu sbb masa tu family aku susah..jadi fokus aku hanya stdy je.dia budak kelas lain masa tu..dia pernah nampak aku sbb aku join silat gayung..dia pun join gak..skang dia dh kawin pun..anak dah tiga ke empat tah.kawin ngn kawan aku gak..dak silat..


Masuk form 3 aku masuk kelas paling pandai sbb aku dpt no 1 masa form 2 kihkihkih..mcm biase budak2 yg dpt no satu dalam setiap kelas akan di lantik tanpa bertanding untuk menjadi mawas.eh pengawas lah hehe..so form 3 baju masih sama kaler putih tapi seluar dan kasut je lain..kasut hitam seluar putih...smart kan hehe...masuk from 3 gak aku dpt biasiswa negeri..syukur2..PMR dpt ok gak lah pastu mintak sekolah teknik sbb family suh duk asrama..nak suh aku berdikari..


So form 4 aku bersekolah plak di Sekolah menengah teknik tunku abdul rahman putra...mcm biase dipaksa menjadi pengawas sekolah dan asrama lg..aiseyman..aku bab leadership ni memang hancur tapi tah kenape boleh terjebak plak..kenangan manis lain mcm biase gak..ada sorang budak pompuan kirim salam kt aku..mesti lah pompuan takkan laki nk kirim salam kt laki kan hehe..dia budak perdagangan..aku budak karan..mcm bese gak..aku tak layan..jual mahal beb..hehe tak lah..aku malas mende2 tu semua..tapi sekolah ni bnyk meninggalkan kenangan pahit dan manis kat aku..kalau nk citer memang sgt panjang...

Sampai sini saje..ini pun dah panjang giler entry aku ni..

P.S Entry ni memang personal hehe..blog aku memang diari aku gak hehe..

Yeah..harap tahun ni menang award lagi !!!! ^_^

Actually bukan aku yang menang tapi kete aku hehe..bukan niat nk berbangga ke ape ke..cuma nak kongsi bende yang baik..boleh jadi panduan kpd mereka yang akan bekerja nanti...

Baca nie dulu

Kereta Paling Jimat Minyak 2010

Anda bercadang untuk membeli kereta? Berminat nak tahu kereta mana yang paling menjimatkan minyak? Baiklah, saya bagitau kepada anda di bawah ini. Ranking kereta paling jimat minyak ni ditentukan berdasarkan Fuel Efficiency Awards 2009 yang diadakan pada Bulan November tahun lepas.
Maklumat ini sangat penting untuk anda untuk menentukan kenderaan mana yang paling sesuai untuk anda supaya dapat menjimatkan kos untuk minyak kereta bulanan.

Kategori: Compact City Cars
Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)

Kategori: Compact Premium Cars
Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)

Kategori: Small Family Cars
Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km) tengok ni menang no satu tu kategory small family cars..hehehe
Proton Persona 6.75 (litre/100km)
Honda City 6.8 (litre/100km)

Kategori: Luxury Family Cars
Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)


Kategori: Premium Family Cars
Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)

Kategori: Executive Cars
BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)

Kategori: Premium Executive Cars
Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)

Kategori: Super Saloons
Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)

Kategori: Super Sport Cars
Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)

Kategori: Super Sport Convertibles
Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)

Kategori: Performance Cars
Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)

Kategori: Pickup Trucks
Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)


Kategori: Compact MPV’s
Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)

Kategori: Luxury MPV’s
Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)

Kategori: Compact SUV’s
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)

Kategori: Luxury SUV’s
Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)

Kategori: Hybrids
Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)

Sumber:http://www.hafizizain.com/pendapat/kereta-paling-jimat-minyak-2010.html

Experience aku sendiri pun bagi aku kete vios version 'j' (aku pakai auto..pakai kaki sebelah je..kete org cacat hehehe) memang jimat minyak..terbukti lg dengan anugerah cikai tu hehe..kete sendiri takkan nak kutuk plak hehe..yang buat aku kagum ngn vios ni..even masa jam pun minyak dia sama je mcm bawak jalan tak jam...tapi satu lah..kete yg jimat2 ni mahal plak hehe..so jadi tak jimat balik bila bayar bulan2 hahahaha..cing..bagi kategory 1.5 cc memang kete vios paling jimat..myvi tak leh compare lah sebab cc dia 1.3 je hehe...myvi pun jimat...seyes

Vios pun kalau jual balik ada harga..harga tak jatuh bnyk sgt..servis dia pun boleh tahan bagus lah...sistematik..toyota tak pakai ISO sbb toyota ckp pas dia pakai ISO setahun dia buang sbb dia ckp sistem dia lagi bagus kihkihkih..selamber je dorang kutuk ISO...sparepart pun senang dpt..kete2 yang susah dpt sparepart mcm kia,pegeuot, chevrolet..uiks marah kang dorang hehehe...

Bagi aku lah..aku suka tahap kesenyapan enjin dia..senyap je.mcm motor LC hehe..maksud aku senyap bila kite tutup tingkap semua..so bape kuat bunyi enjin kite leh dengaq bila tutup tingkap dan pintu dan dari dalam..tahap bunyi tak penting sgt kot hehe..tp bg aku penting..hehe..

Kelemahan vios version 'J' ni kat accesory dia lah..tak cukup.bukan leather seat huhu..kerusi belakang tak leh lipat nak bagi luas ruang kargo...wiper plak takde yang intermittent tu..maksud aku bile hujan yang renyai2 sikit tu..sekejap on off sekali skala tu susah tul nk citer...ye lah aku nk jimat so beli version yang paling murah hehe..kalau korang nak beli baik beli version G, E atau TRD sportivo..yg tu full spec accsesory..

Semoga dengan entry ni korang dah dapat idea nak beli kete mane.buat research dulu ye.nak buat thesis pun takpe kihkhih

P.S Warna kete pun penting gak..tapi aku tak dapat kaler yang aku nak..kaler silver metallic sbb abis stok..so dpt grey metallic je huhu cedey2..aku kebas je dulu sbb nak cepat dpt...

Tips Mengelak Pacat Gigit

Entry ni aku tulis sbb ada sorang kawan aku ni dia nak masuk hutan..ada camping..nama dia siti nurhaliza (bukan nama sebenar...sempena siti masuk askar wataniah aritu hehe)..dia pompuan..jangan kata pompuan laki pun ramai takut pacat..tambah2 yang awww..hikhik..aku??aku x takut beb..aku cuma geli je..bnyk beza tu hehe

1. Kaedah yang mujarab dan diyakini sangat bekersan adalah tidak mengunjungi tempat2 yang ada pacat..itu bagaikan kite berkata kpd pacat.."gigit lah aku gigit lah aku..hihi" bila kite g tempat dia..especially tempat lembap.tepi lombong, tasik atau kebun2 buahan..

2. Try naik basikal montain bike dalam hutan..jgn jalan kaki..itu boleh mengurangkan peratusan kite digigit pacat...takpun suh kawan korang dukung korang..takpun korang guna tali bergayut dari pokok ke pokok macam tarzan..

3. Amik guni yang tebal satu..pastu masuk dalam guni tu..ikat kat atas sekali..cuma tebuk lubang kat mata dan hidung untuk bernafas..pastu korang leh jalan tanpa perlu bimbang di gigit pacat tu...

4. Ok seyes2..pakai stokin tebal dan pakai kasut yang tidak berlubang...tapi aku nak bg tau lah..itu belum menjamin pacat x gigit korang..pacat ni tak pernah mengenal erti putus asa...jgn terkejut kalau pacat ada kt leher atau dalam baju korang hehe...





5. Mengikut petua2 org dulu..pacat takut tembakau..pacat ni mengamalkan gaya hidup sihat dia tak hisap rokok..hehe..rendam stokin dalam air tembakau pastu kering kan..kaki korang pun leh basuh ngn air tembakau dulu sebelum kuar...di jamin mujarab..aku tak pernah try sbb takde tembakau..

6. Bawak garam..garam ni bukan je boleh menjatuhkan lintah kalau korang kena gigit lintah lah..tabur je..dia akan mengedik dan pengsan..sbb tu kalau korang nk siang ikan keli..korang tabur garam dulu..insyallah ikan keli akan pengsan dan mati...ini petua org dulu kala gak..dorang belajar sains dulu dari kita...actually bukan je lintah dan pacat takut garam..tapi makhlus halus..betul..aku tak tipu..salah satu bende alam yg makhlus halus takut..mcm lada hitam..garam...limau nipis..dan bermacam lg..

7.Petua ni plak diperolehi daripada seorang Bekas Seorang Pegawai Tentera Darat berpangkat Major.bukan major pacaragam tu okey..Cari kayu/ranting hidup yang kecil agak sebesar jari manis atau kelingking yang bercabang 3 seperti bentuk Y dan potong jadikan betul-betul "Y" sepanjang lebih kurang sejengkal. Bacakan Alfatihah dan selawat 7x dengan doa mohon Allah berikan keberkatan kepada kayu tadi untuk menghindarkan pacat. Selepas itu selitkan ke pinggang dengan menyentuh kulit di dalam keadaan "Y" terbalik.

8.Sembur kasut dengan racun serangga macam ridsect..

9.Sapu kaki dengan minyak panas macam minyak kayu putih..minyak tomoi.minyak gamat.ataupun minyak cap kapak pun boleh..aku dulu bila nak g kebun kt kg..aku senyap2 g dapur amik minyak masak sapu kt kaki..memang pacat tak naik..licin beb..hehe..guna minyak masak tu teknik yg aku reka sendiri..baru ingt hehe..takkan nak pakai stokin beb..kang mak aku tak nk mengaku aku anak lelaki sbb takut pacat hahahaa

Nasihat aku senang je..bukannya mati pun pacat gigit ni hehe..lagi satu nak buang pacat yg tengah gigit senang je..amik kayu kecik satu..tonyoh dia org utagha ckp..kalau pakai tangan dia akan melekat kt jari kita..

P.S Tapi kalau anda berani serta tahan geli ketika sedang ‘dinikmati’ oleh pacat. Biarkan sahaja ia ‘hisap darah’ hingga kenyang dan jatuh dengan sendiri. Kalau seekor sahaja. Bukan kalau lima belas ekor ye.. *wink*

Harga Pakej Astro Naik Bulan Depan!!!

Aku tengok astro kt sini je huhu

Dengar citer pakej astro nak naik RM15 bagi setiap pakej bulan depan..ermmmm...astro ni pakai minyak ke..tahu lah minyak petrol naik tapi astro bukan pakai minyak pun.tv kt umah pun tak pakai minyak.harga gula memang naik..tapi takkan tv yg kita pakai tu pakai gula kot..hehehe.yang pasti pekerja astro memang memerlukan gula bila minum kopi kt kedai..kihkih...

Tariff elektrik naik pun bukannya menjejaskan sgt pun kt astro..huhuhu..aku rasa sebab yang astro akan bagi mungkin mcm ni kot


"Harga astro masih lagi rendah berbanding di negara jiran"

"Harga astro masih lagi rendah di rantau asia tenggara"

"kami terpaksa menaikkan harga kerana mengikut harga pasaran dunia yang melonjak naik bagi setiap tong.beban subsidi yang ditanggung astro terlalu tinggi hehe"(eh ape kene mengena astro ngn tong hehehe)

P.S Pasni apa lagi nak naikk?????????

Cinta Muka Buku

En3 kali nie aku nak citer pasal cinta muka buku..bukan cinta yang bermuka muka mahupun cinta muka monyet iaitu cinta monyet budak2 sekolah hehe..lagu cinta muka buku dari najwa latiff ni aku dah dengaq berkali2. maybe aku akan stop dengaq bila aku dah muntah hijau jemu..click video bawah nak dengaq okey..



Cinta Muka Buku??kalau dulu mungkin kita akan panggil cinta kengkawan (friendster), cinta tempat aku (myspace) ataupun cinta tanda (tagged) hehe..pelikkan bunyinya...korang ada tak yang bercinta dari laman2 social ni dan akhirnya mendirikan rumah tangga..ewww sweet kan hehehe..Kalau yang putus di tengah jalan tu tak yah citer lah..simpan buat perkasam hehe..

Tapi aku rasa mesti ada kan..pokok pangkalnya bukan pada teknologi itu sendiri tapi pada indivual tu sendiri kan..jangan di salahkan pada teknologi itu sendiri semata2 tapi bagaimana kita gunakan..kalau nak berkawan dengan seseorang mesti lah niat hingga sampai ke jinjang pelamin..cewahh hehe..aku sendiri rasa muka buku boleh jadi satu medium ta'aruf yang bagus..ta'aruf ni tak sama macam kapel..ta'aruf ni lebih kepada mengenali latar belakang seseorang dengan niat untuk menjadi kan dia pasangan hidup kita yang sah...

Kata orang cinta itu tak mengenal usia, cinta tak mengenal jarak dan cinta tak mengenal dunia. Wow, kedengarannya yang terakhir itu seram kan, ada berapa dunia sebenarnya saat ini?Dunia maya karin?Dunia Nyata?Dunia Bunian? hehe. Cinta antara dua dunia ini adalah cinta antara dunia nyata dan dunia maya. Cinta yang di mulai dengan dunia maya dan terjun ke dunia nyata...

Aku tengok yang sedang berkasih kasihan akan meletakkan status In Relationship, namun ada di antara mereka ini juga menampilkan status Married, walaupun kenyataannya belum ada apa2 ikatan mahupun ikatan tunang. Namun apakah cinta muka buku ini cinta yang serius?Boleh jadi tidak boleh jadi ya...bergantung kpd seseorang tu..jadi hati2 kerana di dunia maya mereka boleh menjadi sesiapa saje.termasuk menjadi maya karin kihkihkih...

Sebenarnya memang ada org yang bercinta di dunia maya hingga mendirikan rumah tangga..contoh yang paling terkenal adalah kisah wardina saffiyah..

P.S Ce citer ce citer sesape yang pernah ada pengalaman cinta muka buku sampai kahwin hehehe...

Bestnya duk matrix dulu...

Matrikulasi Pulau Pinang

Bagi aku..aku rasa masa duk matrix dulu lagi best dari duk kat universiti..aku pun tak tau nape..nak kata first time duk asrama tak jugak sebab aku dah duk asrama dari sekolah teknik lagi..

Mula2 masuk matrix aku rasa kejutan budaya sikit..mana taknya..yang masuk matrix ni semua pandai2 giler.org giler pun tak pandai cam dorang.. Ada yg dari MRSM ngn sekolah asmara penuh macam Malay College Kuala Kangsar...aku ni plak cuma nyawa2 ikan je pun dapat masuk hehe..kat matrix budaya study tu aku rasa sangat kuat..kalau nak compare ngn sekolah teknik aku rasa memang bagai langit dan bumi...atau ayam dan itik..eh ade ke peribahasa tu

Actually bukan budaya belajar je kuat matrik tapi budaya kapel pun sangat berleluasa hehe...tapi aku bukan lah termasuk dalam golongan mereka yang berkapel sebab aku termasuk dalam golongan 'nerd' atau lebih dikenali sbg budak2 skema oleh pelajar2 perempuan...hehe

Zaman aku cendawan ni di kenali sbg cendawan maksiat..sbb kapel suka lepak kat sini hehe

Buat kali pertama aku terkejut sebab buku di library abis dipinjam..pelajar2 beratur panjang sbb nak pinjam buku..pergh memang dasyat kan..kalau kat sekolah teknik aku dulu ada pelajar tak tau mana library hehe...opcoz itu bukan aku..hehe...Kat matrik budak2 stdy sampai tak tido..kat tangan sentiasa ada buku..lagi satu kelompok plak stdy bersama pasangan masing2 di cafe..tak tahu lah betul2 stdy atau sembang bende lain..

Yang best kat matrik ni waktu petang lah..waktu santai..pelajar2 sanggup jalan sampai kat luar semata2 nak g pasar malam..macam takde makanan je kt cafe tu..opcoz lah yang berkapel akan menjadikan pasar malam sebagai alasan tuk kuar...
Zaman aku tasik KMPP ni juga di kenali sbg tasik maksiat hehe

Kapel2 memang suka jenjalan kat tasik ni sbb tu org panggil tasik maksiat hehe..aku g gak tasik ni tapi ngn kengkawan laki lah..tasik ni memang cantik walaupun warna air dia hijau pekat lain macam je..aku rasa kalau cicak tokek jatuh dalam kolam ni confrom mati.kalau tak mati confrom coma seminggu..hehe..

Kalau waktu outing plak budak2 g jenjalan sampai ke pulau nuh..g gurney drive lah, komtar lah, megamall lah.padang kota lah.kalau aku outing aku balik rumah je..masa tu umah kat teluk kumbaq lg..so dekat je..pas makan2 kat umah tak pun basuh baju amik baju lain..ptg aku balik kolej balik...skema kan aku hehe...

P.S Antara kenangan yang aku takkan lupa...huhu

Mr & Mrs Right


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

وَلَا تَنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤۡمِنَّ‌ۚ وَلَأَمَةٌ۬ مُّؤۡمِنَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكَةٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡ‌ۗ وَلَا تُنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤۡمِنُواْ‌ۚ وَلَعَبۡدٌ۬ مُّؤۡمِنٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ وَٱلۡمَغۡفِرَةِ بِإِذۡنِهِۦ‌ۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 221)
 
 
P. S Entah kenape aku sejak dua tiga menjak ni aku suka copy and paste je hihihi..nanti lah aku tulis erk..tungguuu..tak lari gunung di kejar kan hehe

Pic From Facebook

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599

P.S Bermacam macam page facebook orang buat..kenkadang aku sendiri hairan dan pelik hehehe

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya




rileks...aku tau, ramai lagi yang tak berenti renti share link surat ni kat FB...baca untuk suka suka je kerna ini adalah entry semata mata..aku bukan sakit jiwa, aku bukan tak betoi...takkan la surat gini nak hantar bebetol kat TV3..okeyh?? jgn emo...anggap ini adalah semata mata entry suka suka..okeyh?
 

"KERANA DIA MANUSIA BIASA."

Cerita ini dipetik daripada email seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.


"cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." 

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... 
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. 

Wallahu 'alam.

Sumber: http://aainies.blogspot.com/search?updated-max=2010-10-27T19%3A11%3A00-07%3A00&max-results=20#ixzz1OiUQG69I

Catriona Ross kini bertudung

Perubahan imejnya mengundang perhatian ramai ketika bertandang ke Balai Berita baru-baru ini. Sungguh, dia sangat cantik bertudung hingga pujian meniti di bibir beberapa teman media yang menyapa. Sambil tersenyum manis, pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini meminta izin ke studio kerana jurusolek sedia menunggu.



Sebelum melangkah, seorang teman bertanya bila dia bertudung. Sambil mengusap mesra ubun puteri sulung kesayangannya yang turut dibawa bersama, Catriona Ross yang mesra membahasakan dirinya Cat menjawab ringkas penghijrahan itu berlaku tanggal 16 Julai lalu.

Berkongsi momen itu dengan Selebriti, pemilik nama sebenar Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross ini menjelaskan, sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.



Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.

"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

Perasaan gembira melakukan penghijrahan itu turut dikongsi bersama ibu tercinta. Sebaik mengetahui Cat bertudung, ibunya bergegas terbang ke Kuala Lumpur, malah turut dibelikan tudung untuk dihadiahkan kepada aktres itu.

"Ibu sanggup terbang dari Kelantan semata-mata mahu melihat perubahan saya. Terharu saya melihat riak gembira di wajah ibu dan berita itu turut dimaklumkan kepada bapa saya yang bertugas di Romania.

"Ramai juga teman terkejut dengan perubahan saya dan masing-masing bertanya apa menyebabkan saya tiba-tiba ubah imej. Terus-terang saya sangat bersyukur diberi hidayah dengan cara begini.

"Tak pernah saya rasa setenang ini, sesungguhnya saya antara manusia bertuah," kata Cat sambil mencium pipi montel buah hatinya, Sephia Rania Ross-Iddin.

Hadir berdua ke Balai Berita, Cat cekap menguruskan Rania. Lebih menarik, bayi comel berusia empat bulan setengah itu seakan-akan memahami komitmen ibunya yang perlu memberi pose terbaik di depan lensa kamera tidak banyak kerenah.

Berkongsi pengalaman sebagai ibu, Cat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang mudah dijaga. Lumrah ibu beranak kecil, pasti kurang rehat dan tidur, namun berbeza dengannya apabila tidak berdepan situasi itu.

Zuriat hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Shahruddin Mokhtaruddin itu senang dibawa ke mana-mana, malah dari kecil dia yang menguruskan segala keperluan Rania. Jika terbabit dengan penggambaran, Rania ditinggalkan dengan mentua atau ibunya kalau bertandang ke Kuala Lumpur.

"Mula-mula memang kekok, maklumlah tidak ada pengalaman, tetapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri. Rania anak yang baik dan bukan jenis suka merengek atau menangis.

"Saya gembira dapat melihat dia membesar depan mata. Setiap perkembangannya dapat saya saksikan dan itu momen yang sungguh bermakna.

"Daripada pemerhatian saya, Rania mudah mesra, sangat berdikari dan suka berkawan tetapi mudah terasa hati. Dialah permata hati saya dan suami," kata lulusan Bachelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia ini.

Beralih perihal karier, Cat masih aktif berlakon, cuma seperti kebanyakan teman artis yang mempunyai anak kecil, aktiviti seninya sedikit terhad di mana dia hanya menerima tawaran penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Dia tidak ralat meskipun banyak tawaran terpaksa ditolak demi Rania. Ini kerana sebagai ibu dia mahu memberikan perhatian terbaik buat anaknya.

Serentak perubahan imejnya, ada suara nakal berbisik kononnya ruang untuk berkarya dalam persada lakonan kian terbatas, namun bagi Cat itu cuma omong kosong yang sedikitpun tidak berbekas di hati.

"Saya sedikit pun tak risau soal ini. Ada doa yang berbunyi: 'Ku mohon rezeki dari langit Kau turunkan, rezeki dari bumi Kau keluarkan, rezeki yang jauh Kau dekatkan, rezeki payah Kau permudahkan'. Saya pegang doa ini. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal.

"Tiada apa perlu saya takutkan dengan perubahan imej ini. Bukankah menutup aurat itu tuntutan agama. Jika kita perhatikan sudah ramai artis bertudung, tak ada masalah pun.

"Kalau benar kerana memakai tudung tawaran selepas ini mula berkurang, saya pasrah. Dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini pun saya tidak ralat kerana tawaran ada, cuma saya perlu lebih selektif kerana tidak sampai hati berjauhan dengan Rania. Jika penggambaran di lakukan sekitar Kuala Lumpur saya akan terima.

"Andai tidak terbabit dengan penggambaran, sambil uruskan Rania saya ambil tempahan biskut cip coklat dan sibuk dengan bisnes aksesori serta pin tudung. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, termasuk dari Kota Bharu.

"Seperti saya katakan tadi, dengan izin Allah rezeki ada di mana-mana saja dan datang dengan berbagai cara. Justeru, tidak perlu ragu-ragu bila ada suara sumbang cuba menakutkan kita," katanya.

Sumber:http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/catriona-ross-kini-bertudung.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk