My Top 10 Favourite Food

1. Asam Pedas Melaka

Yup aku suka asam pedas yang pekat ni lagi pedas..kalau makan berpeluh2 aku macam orang bersenam hehe..suka asam pedas ikan kembung, pari ngn daging..dulu time aku keje malam selalu makan kt opis aku ni..asam pedas ni asam pedas melaka sebab pekat kalau asam pedas yang orang perak ngn utagha buat cair sikit hehe

2. Satay Kajang
First time makan satay kajang dulu terus aku jatuh cinta pandang pertama hahaha..isi satay kajang sangat lembut dan manis di tambah ngn kuah kacang yg pekat..nyum nyum...menggoncang iman setiap yang memakan haha..makan satay arnab sedap mahal gila

3. Roti Naan Cheese Masjid India KL
Roti nan cheese aku selalu makan bila aku keje petang..roti nan cheese sangat sedap di makan bersama kambing..eh bukan makan ngn kambing duk sebelah hehe..tapi makan ngn kuah kari kambing..perghhh menjilat jari kaki hahaha

4. Roti Canai Spesel Masjid India
Ini pun aku selalu makan time aku keje malam..opis aku dekat ngn masjid india jalan kaki je..roti ni panggil sepesel sbb letak telur separuh masak skali dalam roti tu..sedap kalau banjir kan roti tu ngn kuah kari..perghhh...kuah dal aku tak suka..

5. Nasi Briyani Masjid India KL
Nasik briyani masjid india adalah yang tersedap pernah aku makan kat malaysia ni..aku dulu duk penang pun tak sedap camni..makcik dalam gambar tu selalu bagi aku sotong lah daging kambing lebih lah sebab aku hensem hahaha..takde lah..sbb aku selalu beli kat situ..dorang bukak kedai ni dari pukul 6 petang abis kul 9 mlm camtu dah abis kesemua kawah2 kari2 tu..gila laku..kengkawan opis aku panggil nasik bantal sbb nasik dia letak banyak leh buat bantal hehe

6. Sardin Cap Ayam

Aku suka makan sardin walaupun orang fitnah sardin ni cakap ada daging katak dalam sardin ni..pastu orang cakap tulang ikan sardin lembut boleh makan sekali sbb bahan kima yg lembutkan tulang tu..mcm2 lagi lah..actually ikan sardin memang tulang dia lembut..isk2..sampai hati dorang fitnah sardin arghhhh..tidakkkkk...mentang2 sardin ni makanan orang miskin cam aku hhuhu tacing ni

7. Nasik Kukus Ayam Dara
Ayam pun ada dara tau..jgn memain hehe..takde lah nama tokey tu nasik kukus ayam dara..ayam goreng berempah dorang adalah yang paling sedap pernah aku makan...korang leh cari kat area rumah aku..area cheras hehe

8. Nasik Dagang
Aritu aku makan nasik dagang original punya.time tu outstation ke station satelite berserah kuantan.dorang jamu nasik dagang perghhh memang sedap tak terkata..kesedapan nasik dagang adalah kat ikan dia yang empuk lagi manis..sekali makan rasa mcm ikan sardin dua kali macam ikan tongkol..actually ikan tongkol hehe...memang sedap kalau makan nasik dagang yang ori punya..ciplak punya tak sedap hehehe

9. Nasik Daging
Nasik daging yang paling sedap nasik daging yang mak aku masak hehehe..makan ngn sambal asam tomato ngn salad..cedapppppp....tak caya meh dtg umah try ehehe

10. Tom Yam
Dalam banyak2 makanan kat atas ni aku paling suka makan tom yam..suka tom yam thai yang pekat tu..kita bau je dah leh tau sedap ke tak..belum makan lagi hehehe..dh banyak tempat aku try tomyam..yang paling sedap menang kt satu kedai mamak ni kat area segambut.changkat view.org indon masak..tokey mamak..memang sedap..semua cukup..pedas, pekat, masam dan manis semua balance.pastu hidang dalam mangkuk tanah liat perghhh..hehehe

P.S Banyak lagi aku suka makan tapi aku citer 10 ni je sbb aku ni hantu makan hehe....

Sumber2 gambar: Pok Cik Google

"Kami Couple, Tapi Islamic Way"


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



p/s :


yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri penulis sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah penulis (Muslimah Optimis) akan kongsikan kisah percintaan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah lain kali..

kot-kot rajin nak baca Salahkah aku bercinta dan Rasa Cinta.
Klik jangan tak klik

Habis Madu Sepah Dibuang

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???mmm.insan perangai serupa setan...

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Sakai.. yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, AKu tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali.. terasa sekujur tubuhku membahang..menjalar hingga ke bahagian puting uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku.. tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!! syaitan!!! bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu

gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..

Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagai kan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan? itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku. Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yang Benar,

SEPUNTUNG ROKOK

Buka PakaianKu

Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Man perlahan....

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.

Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."

Man buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."

Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."

Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Bapa Pukul Anak Kerana Pakai Tudung

Sadis betul...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang.

Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak

benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunialama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.

Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku

di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau

adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi

sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang

la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Tewas Di Malam Valentine

Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine's Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.

Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui 'chatting' di Internet.

Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.

Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.

Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.

Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.

Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine's ini bersama sang kekasihnya.

Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.

Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini...?

Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi...patutkah dilakukannya kepada Linda?

Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud,

"Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali."

Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya,

"Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan."

Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak...

Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.

Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine's, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.

Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.

Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan 'sesuatu' yang akan berlaku malam ini, dan....

TOK! TOK!! TOKKK!!!

TOK! TOK!! TOK!!!

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.

ASSALAMUALAIKUM!

ASSALAMUALAIKUMM!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.

"Waalaikumsalam...siapa tu?" jawab Malek memberanikan diri.

"Ini JAIS...boleh tolong buka pintu tak?" jawab suara dari luar.

JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.

"Habislah aku malam ini," Malek berasa hendak menangis.

Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.

"JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!" suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.

"You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey," kata Malek tergagap-gagap.

Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.

"Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?" tanya Malek terketar-ketar...

"Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?" tanya pemuda itu semula pada Malek.

"Err...siapa nama kau tadi?" tanya Malek sekali lagi.

"Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?"

"Err...takde apa-apa," jawab Malek perlahan.

Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya...

Moral ceritanya...

Janganlah terpedaya dengan hasutan kawan-kawan yang ajak melakukan maksiat, supaya anda tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rosak seperti mereka. Takutlah pada dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pelaku maksiat.

Kalau cita-cita anda hendak melakukan maksiat tiba-tiba terkantoi, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan anda.

(klau ada pembaca yang kurang senang terhadap cerita ini.maaflah ye..);)

Kisah Cinta Yang Menyayat Hati


Kisah 1

Pada suatu hari Mira telah putus dengan balak dia. Tapi dia tak boleh lupakan bekas balak dia tu. Dia pun pergi berjumpa bomoh paling handal untuk mengubati masalah dia konon. Bomoh tu bagi air kepada Mira untuk diminum. Mira pun minum air tu. Memang betul dia boleh lupakan bekas balak dia. Tapi, masalahnya dia asyik teringatkan senyuman buruk bomoh tu pulak. Ish ish. Entah macam mana pula bomoh tu datang rumah Mira. Mira pun main dengan bomoh tu. Kini Mira telah beranak lima ngan bomoh tu.haha...


Kisah 2

Mail seorang yg sangat machoo, tapi takda pompuan mau sama dia. Dia pun pergi jumpa bomoh untuk dapatkan minyak pugai (minyak pengasih). Setelah dapat minyak pugai tu Mail pun senyap-senyap menyapu ke lengan molonsoi, awek yang paling cun di kampungnya. Molonsoi pun terpikat dengan Mail dan kahwin. Selepas kahwin baru Mail tau Molonsoi sebenarnya seorang nenek kebayan yang pakai susuk. Masa tengah main baru tau. He he he...


Kisah 3

Syani seorang andartu yang sangat cun. Tapi malangnya dia sangat memilih... Ramai orang dah masuk meminang syani...tapi ditolaknya dengan mentah-mentah dan bermacam alasan. Pada suatu hari ada seorang pemuda masuk meminang, pemuda ni sangat hensome dan kaya. Syani pun menerima lamaran pemuda tu. Tapi malangnya selepas malam pertama pemuda tu terus menceraikannya, "Sebenarnya I kawin ngan u ni sebab I telah dicabar oleh lelaki yang u telah tolak peminangannya itu je,". Maka bertukarlah status Syani kepada janda berhias pula.

P.S kalau tak lawak pun buat2 lah cam lawak k hahaha....lupa nak bagitau..ini semua kisah bohong lg tipu kahkahkah..peace..

Haruan dan Anak..

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la…

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata…..

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar… cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak
: Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua
tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak
dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa… apa la bapak dia nak buat,
dah la kat rumah.

Bapak : Okeh… mai duduk sebelah bapak. Heh? heh…

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik…abis aaaa.

Bapak
: Tak payah risau… mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak
berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak… hati dia takleh cakap
laa… berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la
nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak…Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah
tak sanggup nak tengok… dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok
buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu
konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak
la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Keikhlasan Hati

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu “Catrina…kesepian & perlukan sahabat”. Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi “kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu… Beberapa bulan kemudian… Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah… sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah… Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

“Catrina?” Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata “aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu..”

sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara..”aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu…..”

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina… Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia…

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya,
dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui
kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah
rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas
pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut
pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang
tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka
telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang
telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu
ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika
ini.

Imam Mengeluarkan hukum HARAM Kahwin Perempuan Sepejabat

Lokasi : Beranda Surau ( Nama Surau Dirahsiakan )

Ada seorang Imam di kampung nie, Memberitahu kepada semua orang kampungnya bahawa kahwin perempuan sepejabat HARAM hukumnya. Apa lagi, riuh sekampung seriuh riuhnya. Imam tu mengeluarkan ayat/hadis untuk menguatkan lagi dalilnya.

Tetapi disangkal oleh Jabatan Agama dengan apa kenyataan yg dikeluarkan oleh Iman itu dan terus kena interview.

The interview goes like this:

Pegawai Agama: Benarkah Imam yang mengeluarkan hukum yang haram hukumnya kahwin perempuat sepejabat?

Imam: Betul dan benar.. tiada yang benar selain yang benar-benar belaka...Ada saya senyum dan saya nampak bergurau ker?

Pegawai Agama: Mana mazhab you guna? Mana dalil yang you pakai ah? cuba jelaskan..

Imam: Tuan, kalau kahwin seorang itu memang tiada masalah... tapi kalau sampai sepejabat di kahwini... memang haram, Boleehhh?

Pegawai Agama: Sakit kot Imam nie .. ada gak kena flying kick kt leher nie.. *dalam hati*

Woha~

Sumber:http://mykhu.blogspot.com/2009/11/imam-mengeluarkan-hukum-haram-kahwin.html

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW...


1. Barli Amalkanlah meminum sup barli kerana ianya sangat baik untuk meredakan demam.


2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar, rumahnya seperti tiada makanan", Bagi ibu mengandung, digalakkan mengambil kurma sebagai makanan tambahan



3. Buah Tin – Sesiapa yang ada buasir digalakkan memakan buah yang dikatakan adalah buah dari syurga



4. Anggur – Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sangat gemar memakan buah anggur? Dikatakan dapat membersihkan darah, memberi tenaga , menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.



5. Madu – merupakan penawar terbaik bagi penyakit cirit-birit sekiranya diminum dengan air panas. Ia digunakan untuk menaikkan selera serta menguatkan perut, ia juga dikatakan dapat dijadikan sebagai pengawet daging, perapi rambut, dan pencuci mulut. Ia juga dipercayai sangat berkhasiat sekiranya di ambil pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".




7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan panas/haba di hati hati seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan mengelakkan kita daripada penyakit nyanyuk.



8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata.Dikatakan juga bertindak sebagai perancang keluarga dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – dikatakan sangat elok untuk kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.



10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan daripada syaitan dan iblisselama 40 hari.


11. Cuka - Rasulullah S.A.W. sangat suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu popular di restoran elit di Itali)




12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

Sumber:BelogKiter

Pelik-pelik...camne leh bogel plak

Wanita bogel terperangkap di cerun bukit


SEORANG anggota penyelamat mendekati seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel di tepi cerum sebuah bukit di San Diego kelmarin.


SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.

Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. - Agensi

Sumber:Kosmo

Entry Khas Untuk Bebudak Lepasan SPM


Hehe..kali nie abang nak bagi nasihat tuk adik2 ye..hehe..cewah abang tu hehe...so bagi yang dapat keputusan cemerlang lagi terbilang tu tahniah diucapkan...

Bagi yang dapat keputusan cemerlang tak yah cakap lah leh g matrix or g oversea lah ye mcm abang..hehe..abg tak g oversea abang masuk u local je..support u tempatan hehe

So nasihat abang bagi yang dapat keputusan kurang cemerlang abang nasihatkan amik diploma or amik STPM..better amik diploma lah sbb STPM agak susah..so bila dah abis diploma kalau dapat result bagus leh sambung degree..bezanya dak yang amik diploma then sambung degree ni dia rugi setahun kalau compare ng dak matrix..

Pengalaman aku kt UTM skudai tuk cos elektrik elektronik engineering.. budak2 lepasan diploma ni dorang memang power.especially time final year project sbb dorang dh pernah buat projek tuk dip...so dorang ada experience...

Untuk mereka yang target yakin dapat matrix dh kena set target..kalau nk amik medic walaupun kat u tempatan..kena dapat 4 flat dan muet at least band 5...kalau nak amik electric and electronic jugak kena dapat 4 flat..muet minimum band 3.....

Bagi yang dapat result teruk kena pikir yang SPM bukan segala-galanya..masih banyk lagi peluang..even kalau amik diploma pun masih ada peluang tuk amik degree..yang penting usaha..

So abang doa kan yang terbaik untuk adik-adik ye hehehe...

P.S Bestnya time study kat matrix penang dulu...buku kat library abis pastu semua budak2 stdy bagai nk rak..stdy sampai tak tido...tapi yang peliknya kapel pun sama banyak dengan yang stdy hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk